Ikuti Kami:

Konsert Jessica Jung: Reflections – Pentas Bentuk T Dan Kemudahan Bus

Konsert Jessica Jung: Reflections – Pentas Bentuk T Dan Kemudahan Bus

Malaysia sekali lagi dipilih sebagai destinasi istimewa apabila ikon K-pop, Jessica Jung, menjadikan negara ini lokasi pembukaan jelajah konsert terbaharunya, Jessica Concert Tour 2026.

Persembahan yang dijadual berlangsung pada 11 Januari 2026 di Arena of Stars, Resorts World Genting itu menjanjikan pengalaman lebih dekat dan eksklusif buat para peminat.

Penganjur HUISHIYULE memaklumkan bahawa konsert kali ini menampilkan reka pentas khas berbentuk T, membolehkan Jessica berinteraksi lebih rapat dengan para peminatnya, Golden Stars.

Struktur pentas yang lebih panjang ini juga memberi peluang kepada penonton menikmati visual dan persembahan yang lebih dinamik.

Bagi meningkatkan kemudahan perjalanan, penganjur menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik eksklusif untuk pemegang tiket konsert.

Bas akan beroperasi dari KL Sentral ke SkyAvenue Bus Terminal pada jam 12 tengah hari dan 2 petang, manakala perjalanan pulang dijadualkan pada 10.30 malam dan 11.30 malam dan harga tiket bas ialah RM50 sehala dan RM80 bagi perjalanan pergi balik.

Tiket konsert akan mula dijual pada Khamis, 20 November 2025, mulai jam 3 petang melalui www.fantopia.io dan rwgenting.com. Harga tiket bermula RM288 hingga RM988, tidak termasuk caj pemprosesan RM4.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai konsert, peminat boleh mengikuti Instagram rasmi penganjur, HUISHIYULE, di @ht.entertainmentcompany.

Komen
Loading...