Ikuti Kami:

Konsert Jelajah Dunia ‘My Style’ Jessie Chung Gegar Arena of Stars 27 Mei Ini

Konsert Jelajah Dunia ‘My Style’ Jessie Chung Gegar Arena of Stars 27 Mei Ini

Penyanyi antarabangsa yang dikenali sebagai “Princess of Rock”, Jessie Chung, bakal membuka tirai konsert jelajah dunia terbaharunya bertajuk “My Style” 2025 World Tour di Arena of Stars, Resorts World Genting, pada 27 Mei ini (Selasa), jam 6 petang.

Konsert mega ini dibawakan oleh Symphony Musical House dan dipersembahkan oleh Future Entertainment & Music Group Australia. Ia menjanjikan sebuah pengalaman muzik yang menggabungkan tenaga dinamik muzik rock, kelembutan balada dan persembahan visual yang penuh emosi.

“My Style” menandakan permulaan baharu dalam kerjaya Jessie Chung, sebagai penghargaan kepada peminat atas sokongan yang tidak pernah putus sejak beliau mula melangkah ke persada seni.

Konsert ini turut menampilkan kolaborasi dengan penerbit muzik bertaraf anugerah dari Amerika Syarikat yang membawa nafas baharu dalam setiap persembahan.

Tiket dijual pada harga antara RM158 hingga RM388, dan mula dibuka untuk jualan pada 15 Januari 2025, jam 12 tengah hari menerusi laman rasmi Resorts World Genting (rwgenting.com) serta Symphony Ticketing (hubungi 016-4033721 atau WhatsApp).

Diilhamkan daripada album berjudul sama, konsert ini akan mengetengahkan pelbagai genre muzik, termasuk lagu rancak yang membangkitkan semangat serta balada menyentuh perasaan dalam pelbagai bahasa, menjadikannya sesuai untuk khalayak pelbagai latar.


FOTO THE SUN

Terdahulu Jessie Chung telah melancarkan album baharu bertajuk Dekati, dengan single duet “Tak Terpisah” bersama Fauziah Latiff, atau lebih mesra dikenali sebagai Jee.

Fauziah Latiff dijangka akan membuat kemunculan khas di konsert ini.

Komen
Loading...