Ikuti Kami:

Konsert Harmony Charly Van Houten Tinggalkan Memori Indah Buat Peminat

Konsert Harmony Charly Van Houten Tinggalkan Memori Indah Buat Peminat

Konsert Harmony Charly Van Houten telah melabuhkan tirainya dengan penuh emosi dan kehangatan, memberikan pengalaman luar biasa buat semua peminat yang hadir.

Malam yang dinantikan ini menyaksikan gandingan hebat Charly Van Houten bersama barisan artis undangan seperti Happy Asmara, Angga Chandra, Restu Van Houten, dan Tegar.

Kehangatan semakin terasa dengan kehadiran Angga Chandra yang menyampaikan lagu-lagu hitnya seperti Sekecewa Itu dan Sampai Tutup Usia, manakala Tegar Septian membangkitkan kenangan dengan lagu ikoniknya Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang.

Satu-satunya penyanyi wanita malam itu, Happy Asmara, berjaya mencuri perhatian dengan persembahan bertenaga menerusi lagu Rungkad dan Nemen, mencetuskan sorakan gemuruh daripada peminat.

Kejutan istimewa datang daripada anaknya, Restu Van Houten, yang turut menyumbangkan persembahan mantap menerusi lagu Lirih dan Dan Ku.

Sebagai peneraju utama, Charly Van Houten memukau penonton dengan deretan lagu popular seperti Biarkan Aku Jatuh Cinta, Jangan Pernah Berubah, cari Pacar Lagi, Aku Masih Cinta (ams), Puspa dan Saat Terakhir, mengimbau nostalgia dan menyentuh hati peminat setia.

Setiap persembahan membawa suasana yang berbeza, dan kolaborasi artis dalam beberapa lagu seperti Biarkan Jatuh Cinta (feat. Angga Chandra), Aku Padamu (feat. Happy Asmara), dan Bintang Kehidupan (feat. Angga Chandra) menambahkan lagi kemeriahan malam penuh magis ini.

Charly juga tidak lupa menyanyikan lagu Bukan Ku Tak Sudi, sebuah lagu yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Saleem Iklim. Persembahan penuh penghayatan ini membawa nostalgia buat peminat lagu rock Melayu klasik dan mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.

Sebagai penutup yang paling dinantikan, konsert diakhiri dengan lagu Isabella, yang pernah dipopularkan oleh kumpulan rock lagenda, Search.

Nyanyian penuh semangat daripada semua artis di atas pentas mencipta suasana syahdu dan membangkitkan kenangan indah di kalangan peminat.

Konsert yang bermula pada jam 9.00 malam ini bukan sahaja menampilkan muzik yang mengasyikkan, tetapi juga menjadi saksi kepada ikatan persahabatan dan keakraban antara artis dan peminat.

Komen
Loading...