Konsert Hampir Sold Out, Samsons Dekati Peminat Malaysia Melalui Meet & Greet Istimewa
- oleh MDaily Editor
- 5 Nov 2025 3:35 pm
Menjelang konsert yang dinanti-nantikan, “Samsons Live in Malaysia – Kenangan Terindah”, kumpulan muzik terkenal dari Indonesia itu bakal mengadakan sesi Meet & Greet eksklusif bersama peminat Malaysia pada 8 November ini, sehari sebelum konsert berlangsung.
Acara yang akan diadakan di Cheetah Outlet, 1 Utama Shopping Centre dari 3.00 petang hingga 5.00 petang itu dianjurkan dengan kerjasama jenama pakaian Cheetah dan Orlaith Inc, selaku penganjur rasmi konsert.
Menurut Wakil Orlaith Inc, inisiatif ini diadakan sebagai tanda penghargaan terhadap peminat di Malaysia yang sentiasa menyokong Samsons sejak awal kemunculan mereka.
“Samsons bukan sekadar mahu menghiburkan, tetapi juga mahu mendekati peminat dan berkongsi kenangan bermakna sebelum persembahan besar mereka di Kuala Lumpur. Ini adalah momen istimewa buat kedua-dua pihak,” katanya.

Untuk menyertai sesi ini, peminat hanya perlu membeli produk Cheetah bernilai minimum RM100, kemudian mengimbas kod QR yang tertera pada poster rasmi dan menghantar bukti pembelian melalui borang Google Form.
Penyertaan adalah terhad kepada 100 orang sahaja, dan pendaftaran akan ditutup pada 5 November 2025.
Konsert Samsons Live in Malaysia – Kenangan Terindah akan berlangsung pada 9 November ini di IDEA Live Arena, Damansara 3, Petaling Jaya, dan dijangka menjadi salah satu persembahan paling beremosi tahun ini dengan konsep enam elemen utama – angin, bumi, api, air, logam, serta kasih sayang dan perpaduan.

Setakat ini, beberapa kategori tiket termasuk Gold Box 2, Platinum Box, dan Naluri Lelaki telah habis dijual (sold out).
Namun, peminat masih boleh mendapatkan tiket bagi kategori Kenangan Terindah (RM196), Akhir Rasa Ini (RM154), Kecanduan (RM342), Kisah Tak Sempurna (RM279), Rayu (RM404) dan Luluh (RM550) melalui platform ticket2u.com.
Bagi mereka yang mahu menikmati pengalaman paling eksklusif, pakej VVIP All Access + Merch (RM5,000) masih tersedia, termasuk Meet & Greet bersama Samsons, barangan eksklusif serta tempat duduk premium.




