Ikuti Kami:

Konsert Galau The Finale Gegar Singapura

Konsert Galau The Finale Gegar Singapura

Konsert Galau The Finale mencipta fenomena apabila menggamatkan Arena @ EXPO Singapore dengan kehadiran lebih tiga ribu peminat yang hadir untuk menyaksikan persembahan hebat daripada barisan artis terkenal.

Diketuai oleh kumpulan Ungu, konsert ini turut diserikan dengan kemunculan bintang tersohor seperti Rossa, Nidji, Fabio Asher, dan Exists, yang masing-masing memberikan persembahan bertenaga dan penuh emosi.

Menurut Pengarah Urusan SAH Entertainment, Sufi Rashid, sambutan luar biasa yang diterima membuktikan bahawa peminat muzik di Singapura masih dahagakan hiburan berkualiti tinggi.

“Konsert Galau The Finale adalah bukti bahawa muzik tetap menjadi penghubung emosi antara artis dan peminat. Kami amat menghargai sokongan luar biasa yang diberikan. Nantikan lebih banyak konsert hebat daripada SAH Entertainment!”

Konsert Galau The Finale bukan sahaja menjadi penutup yang sempurna bagi siri konsert ini, malah mengukuhkan lagi reputasi SAH Entertainment sebagai antara penganjur acara hiburan terbaik di rantau ini.

Dengan kejayaan ini, peminat pastinya tidak sabar menantikan kejutan seterusnya daripada pihak penganjur.

Komen
Loading...