Ikuti Kami:

Konsert Exists Premium Live @ PJ 20 Disember, Janji Persembahan Luar Biasa

Konsert Exists Premium Live @ PJ 20 Disember, Janji Persembahan Luar Biasa

Konsert Exists Premium Live @ PJ yang dijadualkan pada 4 Oktober ini ditunda ke 20 Disember 2025 selepas Exists dan penganjur, JioBuddy mencapai persetujuan untuk memastikan kualiti persembahan benar-benar bertaraf premium.

Kumpulan Exists yang dianggotai Ujang, Ajai, Musa, Along dan Ezad memilih tarikh baharu itu bagi memberi lebih ruang kepada persiapan teknikal serta mengekalkan piawaian persembahan tinggi.

Wakil JioBuddy, Sean Ng, menjelaskan penundaan tersebut dibuat demi menawarkan pengalaman lebih eksklusif buat peminat.

“Exists Premium Live @ PJ akan berlangsung pada 20 Disember 2025 di lokasi dan waktu sama. Keputusan ini dicapai bersama Exists kerana kami mahu ia benar-benar premium, bukan sekadar persembahan biasa,” katanya.

Tiket yang telah dibeli kekal sah untuk tarikh baharu, manakala pembelian baharu masih boleh dibuat untuk kategori Premium (RM588), VIP (RM488) dan Diamond (RM368) di www.jiotix.asia

Untuk maklumat lanjut, peminat boleh menghubungi emel [email protected] atau talian hotline +6011 1660 1122 (WhatsApp sahaja, khusus untuk OKU).

Komen
Loading...