Konsert Eksklusif Rizky Febian “Malam Melukis Cinta” di Singapura
- oleh MDaily Editor
- 3 Oct 2025 11:33 am
Penyanyi dan penulis lagu terkenal Indonesia, Rizky Febian, bakal mengadakan konsert eksklusif bertajuk “Malam Melukis Cinta” khas buat peminat di Singapura. Konsert tersebut dijadualkan berlangsung pada 16 Januari 2026, jam 8 malam di The Star Theatre.
Menurut penganjur, konsert ini akan menampilkan persembahan istimewa dengan susunan muzik baharu serta konsep pentas yang lebih intim bagi memberikan pengalaman berbeza kepada penonton.
Rizky dijangka mendendangkan rangkaian lagu popularnya termasuk Kesempurnaan Cinta, Cuek, Mantra Cinta dan Makna Cinta.

Sejak kemunculannya dengan single sulung Kesempurnaan Cinta pada 2015, Rizky, atau mesra disapa Iky, telah berkembang menjadi antara artis muda paling berpengaruh di Indonesia dan Asia Tenggara.
Keupayaannya menyampaikan lirik penuh emosi dengan gabungan muzik pop, R&B dan soul menjadikan setiap persembahannya dekat di hati peminat.
Tiket konsert bakal mula dijual pada 3 Oktober 2025, jam 12 tengah hari menerusi laman web rasmi bookmyshow.sg, dengan harga bermula dari SGD108 hingga SGD188 mengikut kategori tempat duduk.




