Ikuti Kami:

Komen ‘Type C’, Restoran DarSA Fried Chicken Mohon Maaf

Komen ‘Type C’, Restoran DarSA Fried Chicken Mohon Maaf

Tular sebelum ini di media sosial mengenai komen yang diberikan pengendali akaun rasmi restoran DarSa Fried Chicken (DFC) terhadap pelanggannya di Facebook.

Difahamkan, pengendali akaun DFC itu menggunakan komen berbaur perkauman iaitu ‘Type C’ yang merujuk kepada bangsa Cina.

Seorang pengguna Facebook tampil menyatakan pendapatnya mengenai harga makanan yang dijual DFC agak mahal, malah lebih mahal daripada restoran makanan segera terkenal yang lain.

Tuan tengok list harga ala carte semata mata atau keseluruhan? Kena tengok keseluruhan baru tahu mahal ke berpatatutan.
Type C tengah cuba main bermacam sentimen buruk terhadap DarSA Fried Chicken. Kita jangan mudah terpedaya selagi tak datang cuba sendiri.

Komen tersebut kemudiannya menjadi tular dan ramai netizen menganggap pihak DFC sebagai tidak profesional dan mengeluarkan komen berbaur rasis.

Susulan daripada kecaman yang diterima mereka, pihak restoran DFC tampil membuat kenyataan permohonan maaf secara rasmi di Laman Facebooknya..

Kami memohon maaf dan mengakui ia adalah satu kesilapan yang tidak disengajakan. Mungkin terlalu banyak komen yang berunsur menjatuhkan sedikit sebanyak megganggu fokus admin kami.

Kami mengalu-alukan semua pelanggan kami di pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa atau agama. Semoga Malaysia yang kita kasihi ini aman dan damai.

Komen
Loading...