Kolaborasi Ikonik Fipper & Bayu Somerset: Kasut Bergaya dengan Inovasi Terkini
- oleh Mohd Indera
- 2 minggu lalu

Dua jenama tempatan terkemuka, Fipper dan Bayu Somerset, mengukuhkan kedudukan mereka dalam industri fesyen dengan kolaborasi eksklusif yang menggabungkan inovasi dan estetika moden.
Koleksi kasut edisi terhad ini bukan sekadar penampilan bergaya, tetapi juga menampilkan teknologi terkini untuk keselesaan maksimum.
Melalui gabungan kepakaran Fipper dalam pembuatan kasut berkualiti tinggi dan kreativiti Bayu Somerset dalam rekaan bercorak, koleksi ini menawarkan kasut yang bukan sahaja selesa tetapi juga penuh gaya.
Tapak ergonomik baharu direka khas untuk menyokong kaki dengan lebih baik, menjadikannya pilihan ideal untuk aktiviti harian, termasuk perjalanan ‘balik kampung’ dan perjumpaan keluarga.
Lebih menarik, koleksi ini menandakan debut kasut bercorak cetakan oleh Fipper. Setiap rekaan diinspirasikan daripada budaya Malaysia dengan palet warna yang ceria dan motif yang unik, memberi sentuhan eksklusif kepada pemakainya.
Ciri-Ciri Unik Koleksi Fipper x Bayu Somerset
– Rekaan Eksklusif – Corak bercetak pertama Fipper dengan inspirasi budaya tempatan.
– Keselesaan Premium – Tapak ergonomik dengan teknologi getah Fipper untuk langkah lebih selesa dan tahan lama.
– Gaya & Fungsi Seimbang – Kombinasi reka bentuk moden dan keperluan praktikal dalam kehidupan seharian.
– Edisi Terhad – Dikeluarkan dalam kuantiti terhad, menjadikannya item koleksi yang eksklusif.
Ketua Pemasaran Fipper, Fadila Aziz, menyatakan bahawa kolaborasi ini merupakan satu langkah besar dalam memperkenalkan inovasi dalam rekaan kasut tempatan.
Manakala Dania Kamalul, Ketua Pemasaran Bayu Somerset, menegaskan bahawa keselesaan tetap menjadi elemen utama dalam setiap ciptaan mereka, terutama menjelang Ramadan dan Aidilfitri.
Koleksi Fipper x Bayu Somerset boleh didapati mulai 26 Februari 2025 di semua cawangan Fipper serta secara dalam talian di www.fipperslipper.com.my & www.bayusomerset.com.