KNKV Group Sasar Jualan RM100 Juta Melalui Strategi Full Ecosystem TikTok
- oleh MDaily Editor
- 4 Dec 2025 8:58 pm
KNKV Group hari ini mengumumkan satu inisiatif strategik mega untuk melonjakkan ekosistem digital Malaysia, dengan menetapkan sasaran ambisius nilai jualan pelanggan sebanyak RM100 Juta melalui pelantikan syarikat mereka sebagai TikTok Affiliate Partner rasmi.
Pengumuman penting ini dibuat di hadapan YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital, semasa Forum Strategi Korporat Elit ‘Digital & AI: Business War 2026’.
Forum ini bertujuan untuk memberikan simulasi persaingan strategi korporat, membekalkan peserta dengan pengetahuan taktikal sebenar dalam Strategi Persaingan, Pemasaran Berasaskan AI, dan Taksonomi Pertumbuhan Digital.
Pelantikan ini dilihat sebagai satu strategi utama KNKV Group untuk membolehkan penguasaan syarikat tempatan mendominasi pasaran digital.
Professor (Adj) Hj. Adam Bachchan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KNKV Group, menjelaskan bahawa kerjasama KNKV Group dengan barisan rakan strategik sebagai TikTok Affiliate Partner adalah peluang strategik bagi mempercepatkan pertumbuhan digital Malaysia.
Beliau menekankan bahawa industri kini bukan lagi bercakap tentang marketing secara biasa, tetapi mengenai strategi pengiklanan yang mampu mewujudkan penciptaan jualan yang konsisten, terukur, dan berskala besar.

“Merujuk analisis dan data yang kami jalankan, termasuklah daripada beberapa jenama yang mencatatkan jualan ratusan ribu ringgit sebulan di TikTok Shop, kami mendapati bahawa kejayaan mereka datang daripada satu perkara utama iaitu menguasai ekosistem penuh TikTok.
“Dengan menguasai UGC (User Generated Content), micro influencers, pengaktifan TikTok Live setiap hari, dan penghasilan AI-powered content pada kuantiti yang tinggi, ianya dapat mencipta kekuatan yang dipanggil sebagai TikTok Interdependent Advertising Strategy.”
“Sebab itu, strategi KNKV Group direka untuk membantu jenama bukan sahaja membuat iklan, tetapi menguasai keseluruhan ekosistem TikTok secara menyeluruh,” katanya.
Kerjasama ini komited untuk membawa strategi yang lebih agresif, lebih berfokuskan data, dan lebih bersifat sales-driven.

Sasaran RM100 juta jualan tambahan bukanlah anggaran semata-mata, tetapi ia adalah refleksi potensi sebenar apabila creator, data, dan iklan bergerak seiring.
Melalui modul Affiliate Coaching dan strategi bulanan, KNKV Group bukan sahaja menyesuaikan strategi untuk setiap klien, tetapi juga menjamin KPI dalam perjanjian.
“Kalau kami tak capai, kami akan usaha sebaiknya sehingga berjaya dan tanpa caj tambahan. Ini adalah komitmen kami,” tegas CEO Kumpulan KNKV Group itu.
Kerjasama ini menandakan permulaan fasa baharu dalam industri pengiklanan Malaysia di mana perniagaan tidak lagi bergantung pada iklan tradisional, tetapi menguasai naratif, komuniti, dan algoritma.
KNKV Group juga merakamkan penghargaan kepada rakan strategik yang menjayakan ‘Business War 2026’, termasuk Muslim Insiders Chamber of Commerce, CTOS Data Systems, Dynads Academy, Droplets of Mercy Malaysia, serta Universiti Malaysia Kelantan.




