Ikuti Kami:

Kluster Sivagangga: Enam Sekeluarga Di Kulim Positif COVID-19

Kluster Sivagangga: Enam Sekeluarga Di Kulim Positif COVID-19

Enam orang dari sebuah keluarga di Kulim positif COVID-19 dipercayai bersangkutan dengan Kluster Sivagangga.

Kesemua mereka dipercayai telah pergi ke majlis kenduri korban di satu kawasan yang kini bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) pada 1 Ogos lalu dan telah diambil pasukan Covid Kementerian Kesihatan (KKM) Negeri.

Menurut Pengarah Kesihatan negeri Kedah, Dr Fikri Ujang, sekembalinya mereka ke Kulim, mereka telah menjalani saringan di klinik kesihatan dan diarahkan untuk menjalani kuarantin di rumah selama tiga hari.

Bagaimanapun, hari ini mereka disahkan positif COVID-19 dan telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk menjalani kuarantin wajib.

Sebelum itu Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sekeluarga itu mempunyai sejarah mengunjungi ke satu kawasan yang kini bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) di Kedah.

“Mereka dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah untuk rawatan. Punca jangkitan dalam keluarga itu masih dalam siasatan.

“Satu daripada enam kes baharu ini mempunyai kontak rapat kepada ahli keluarga beliau yang pernah mengunjungi kedai makan yang terbabit dalam kluster ini.

“Kes mula mengalami gejala saluran pernafasan pada 2 Ogos. Kes kemudiannya dikesan positif COVID-19 pada 5 Ogos dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. Ahli keluarganya disaring untuk COVID-19 dan masih menunggu keputusan,” katanya pada sidang media COVID-19.

Sumber : Astro Awani.

Komen
Loading...