KKM Sahkan Wanita Hamil Rentas Negeri Dari Zon Merah Positif COVID-19
- oleh Mohd Indera
- 5 tahuns lalu
Wanita hamil yang dilaporkan positif COVID-19 di Kelantan melakukan perjalanan rentas negeri dari Ampang, Selangor yang berada dalam kategori Zon Merah.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata wanita itu disahkan positif COVID-19 apabila berkunjung ke klinik kesihatan ibu dan anak di Kelantan untuk menjalani rutin pemeriksaan dan kini sedang menjalani rawatan.
“Apa yang pasti kita sedang jalankan tindakan seterusnya iaitu untuk mengesan kontak rapat dan sedang jalankan siasatan sama ada punca jangkitan dari kawasan Zon Merah, ” katanya pada sidang media harian, di sini hari ini.
Pada masa sama beliau mengingatkan mana-mana individu yang menjalani perjalanan rentas negeri supaya ke klinik atau hospital bagi menjalani saringan jika mempunyai gejala COVID-19.