Ikuti Kami:

KKM Beri Cuti Rehat Kepada ‘Frontliner’ Selepas 5 Bulan Berjuang

KKM Beri Cuti Rehat Kepada ‘Frontliner’ Selepas 5 Bulan Berjuang

Dalam Sidang Media Perkembangan Covid-19 harian jam 4.30 petang sebentar tadi, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah mengumumkan berita gembira buat petugas KKM.

Bermula minggu depan
Selepas beberapa bulan berkhidmat tanpa henti bagi mengawal pendemik ini, frontliner akan diberikan cuti secara bergilir-gilir bermula minggu hadapan.

“Mungkin dalam masa ini kita akan menggunakan seminggu dua untuk kita memberi ‘time off’ kepada warga kerja KKM secara bergilir-gilir.”

Akan bercuti selepas 5 bulan

Perkara tersebut disampaikan bagi memberikan masa untuk frontliner berehat sebentar dan memulihkan semangat masing-masing selepas bertungkus-lumus selama hampir 5 bulan.

“Kita di KKM bekerja siang malam tak berhenti sejak lima bulan, tidak kenal hari minggu dan hari bekerja.”

Melihat dari situasi semasa
Pengumuman tersebut dilakukan selepas melihat keadaan terkini yang semakin baik dan kes positif Covid-19 di Malaysia juga semakin menurun.

“Apa yang pasti hari ini kita nampak keputusan dan hasil daripada pengorbanan kita, kes semakin berkurangan. Penggunaan wad dan ICU (Unit Rawatan Rapi) juga semakin berkurangan.”

Berita tersebut sudah tentu memberikan sinar kegembiraan buat para barisan hadapan yang pastinya lelah dalam menangani Covid-19 ini.

Cuti yang diberikan sudah tentu dapat meneutralkan kembali semangat juang mereka agar dapat kembali bertugas dengan lebih dedikasi selepas kembalinya dari bercuti.

Komen
Loading...