Ikuti Kami:

“Kita Nak Bagi Staff Berehat..” – Lepas Jumpa PM New Zealand, Khairul Aming Bawa 100 Pekerja Bercuti

“Kita Nak Bagi Staff Berehat..” – Lepas Jumpa PM New Zealand, Khairul Aming Bawa 100 Pekerja Bercuti

Semalam pempengaruh yang dikenali ramai iaitu Khairul Aming membuat rakyat berasa bangga selepas Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon mengadakan pertemuan dengannya dalam rangka lawatan rasmi tiga hari hingga Selasa (3 Sept).

Difahamkan melalui Instagram Story KA, sesudah bertemu dengan PM New Zealand, dia bergegas mengejar pesawat kerana mahu menjemput 100 pekerjanya bercuti pula.

Katanya lagi, sepanjang percutian tersebut tiada penjual Sambal Nyet dan Dendeng Nyet bagi memberi peluang pekerjanya berehat.

Kita nak bagi staf berehat dan enjoy their holiday.

KA turut sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada netizen yang memberikan ucapan kepada diatas pertemuan bersama PM News Zealand, Christopher Luxon.

Terdahulu Khairul Amin memaklumkan bahawa pertemuan bersama Christopher merupakan satu bentuk penghargaan daripada New Zealand selepas dirinya banyak menghasilkan video memasak di negara tersebut sebelum ini.

Bukan itu sahaja, Khairul juga berkesempatan untuk memasak juadah roti jala serta bersarapan bersama Christopher.

Komen
Loading...