Ikuti Kami:

Kisah Sebak Kakak Abang Bas di TikTok – “Bertakung Air Mata Ibu”

Kisah Sebak Kakak Abang Bas di TikTok – “Bertakung Air Mata Ibu”

Baru-baru ini, akaun TikTok kakak Abang Bas menarik perhatian ramai selepas dia meluahkan rasa sedih apabila anak perempuannya bertanya mengapa bapa saudara sudah tidak mengambilnya di sekolah seperti biasa.

Difahamkan, sebelum ini, Abang Bas sentiasa mengambil anaknya pulang, tetapi kini tidak dapat melakukannya disebabkan isu yang berlaku, mengakibatkan pemuda itu direman.

Kakak Abang Bas menyatakan bahawa dia sudah dapat menjangkakan anaknya akan mengajukan soalan tersebut, terutamanya kerana ada orang lain yang menjemputnya pulang selepas sekolah.

“Tepat tekaan ibu! Pagi-pagi dia dah tanya siapa ambil Caca balik sekolah? Ibu terus jawab, ‘pakitam yang ambil, ibu tak sempat nak ambil. Caca balik awal, ibu tak boleh keluar awal.’”

Dia juga menambah, “Kenapa paksu tak ambil Caca dah?” sambil air mata bertakung, membuatkan ibu terpaksa menjawab, “Poksu tak boleh ambil Caca dah.”

Akibat sering ditanya dengan soalan yang sama, wanita tersebut merasa bingung hingga bila dia perlu terus menipu bahawa bapa saudara tidak dapat menjemputnya di sekolah lagi berikutan kes yang tular itu.

Perkongsian ini telah menarik perhatian ramai, di mana netizen turut merasakan kesedihan mendengar kisah yang diluahkan oleh kakak Abang Bas.

Komen
Loading...