Ikuti Kami:

Kipas Siling Tiba-Tiba Tercabut Terkena Pada Leher, Dah Macam Filem “Final Destination”!

Kipas Siling Tiba-Tiba Tercabut Terkena Pada Leher, Dah Macam Filem “Final Destination”!

Sebut sahaja tajuk filem ‘Final Destination’, pasti ramai sudah mula membayangkan kejadian mengerikan yang terjadi dalam filem Box office itu. Mana tidaknya, tengok kipas siling di rumah pun kadang-kadang boleh membuatkan kita jadi takut. Namun perkara tersebut mungkin bukan hanya sekadar bayangan semata-mata kerana ia boleh berlaku.

Perkara ini telah dikongsikan sendiri oleh salah seorang pengguna Facebook. Berdasarkan posting tersebut, dia mengatakan bahawa kejadian kipas siling yang tercabut itu telah berlaku di rumah rakannya sehingga menyebabkan kecederaan pada bahagian leher ibu rakannya itu.

“Nasib baik masa tu kipas dibuka dengan kelajuan perlahan.”

Turut dijelaskan, perkara ini terjadi kerana mereka jarang menutup suis kipas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Untuk pengetahuan, kejadian yang sama juga pernah berlaku kepada seorang jururawat ketika melakukan tugas Perkhidmatan Pergigian Sekolah (PPS) di Sekolah Kebangsaan Taman Damai Jaya, Skudai Johor tahun lalu. Kejadian itu menyebabkan beliau mengalami kecederaan teruk pada bahagian kepala akibat ditimpa kipas yang tiba-tiba terjatuh.

Kita memang tidak akan tahu nasib kita, namun langkah berjaga-jaga harus dilaksanakan untuk mengelak sebarang kemungkinan bahaya yang boleh berlaku. Jadi, rajin-rajinlah kita periksa kipas siling di rumah sebab ‘malang tak berbau’.

Sumber

Komen
Loading...