Ikuti Kami:

Kilang Memproses Mee Kotor, Bertikus Diarah Tutup – DBKL

Kilang Memproses Mee Kotor, Bertikus Diarah Tutup – DBKL

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini menutup sebuah kilang memproses mee di Jalan Segambut Selatan yang didapati kotor dan terdapat tikus berkeliaran di sekitar tempat pemprosesan makanan berserta urungan najisnya serta mengupah pekerja asing.

Hasil pemeriksaan 5 orang anggota dari Unit Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL mendapati tikus berkeliaran dan najis haiwan perosak itu bertaburan di tempat pemprosesan makanan di kilang itu, manakala lantai dan dinding tempat penyediaan makanan juga kotor serta berdaki.

“Premis tidak melantik syarikat kawalan serangga perosak secara berjadual. Tandas kotor dan berbau.

“Tiga pengendali makanan bukan warganegara tidak mendapatkan suntikan tifoid, tidak memakai penutup kepala dan apron semasa mengendalikan makanan.

“Peralatan, kelengkapan serta mesin pemprosesan makanan juga dalam keadaan kotor dan usang. Lokasi dan keadaan struktur premis tidak sesuai dijadikan kilang pemprosesan makanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tindakan Perintah Penutupan Premis di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 berkuatkuasa 24 Jun 2020 telah dilaksanakan.

Sebarang aduan berkaitan kebersihan boleh diajukan terus ke Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1 800 88 3255 atau terus ke Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL.

Foto : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Komen
Loading...