Ikuti Kami:

Khairul Aming Kongsi Rahsia Team Cemerlang – ‘Ajar Pekerja Jangan Jadi Toksik, Beri Bonus Sama Rata’

Khairul Aming Kongsi Rahsia Team Cemerlang – ‘Ajar Pekerja Jangan Jadi Toksik, Beri Bonus Sama Rata’

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming, berkongsi rahsia kecemerlangan yang dipraktikkan dalam pasukannya.

Khairul, atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, 31, berkata dia menerapkan corak budaya kerja yang sihat dan tidak mengajar pekerjanya bersikap toksik antara satu sama lain.

“Rahsia bina team yang cemerlang sangat mudah. Dulu saya pernah berkerja dengan orang. Apabila duduk di posisi sebagai pekerja, saya sudah meletakkan impian bos bagaimana yang saya mahu.

“Jadi apabila sekarang sudah jadi bos, perlu jadi bos yang pekerja inginkan. Satu budaya yang saya terapkan adalah tidak mengajar pekerja untuk jadi toksik dan tidak saling berlumba antara satu sama lain.

Aming juga menyatakan bahawa dalam setiap aktiviti bercuti atau pergi shopping, semua akan menerima bonus yang sama, tanpa mengira jawatan mereka.

Aming berkongsi mengenai perkara itu menerusi satu Sesi Ramah Mesra Pempengaruh Media Sosial Encik Khairul Aming bersama peminat di Kluster Kingdom of Agrofood (KOA) di MAEPS, Serdang sempena MAHA 2024.

Kongsi Aming, budaya kerjaya tersebut berjaya membuahkan hasil apabila terbukti jumlah jualan mencecah jutaan ringgit.

“Jadinya, apabila budaya itu diketengahkan, alhamdulillah, tiada yang berhenti setakat ini.

“Setiap bulan, hasil jualan syarikat sudah boleh mencecah RM3.5 juta hingga RM4 juta.”

Terdahulu, Khairul Aming telah membawa semua pekerja bercuti selama 5 hari di Pulau Pinang sebagai tanda perhargaan.

Komen
Loading...