Ketahanan 5 Bintang & Hiburan Imersif, vivo v60 Lite 5G Kini Sedia Dipra-tempah
- oleh Mohd Indera
- 1 Oct 2025 5:50 pm

vivo Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran telefon pintar terbaharu, vivo V60 Lite 5G, yang boleh dipra-tempah mulai 3 Oktober dengan tawaran hadiah eksklusif bernilai sehingga RM1,199.
Model terbaharu siri V itu menampilkan reka bentuk bergaya dengan paparan AMOLED 6.77 inci, kadar segar semula 120Hz dan pensijilan HDR10+, sekali gus memberikan pengalaman hiburan lebih imersif sama ada untuk tontonan penstriman, permainan mudah alih atau panggilan video.
vivo V60 Lite 5G turut dilengkapi pembesar suara stereo berkembar yang mampu meningkatkan volum sehingga 400 peratus, membolehkan pengguna menikmati bunyi lebih lantang dan jelas walaupun dalam persekitaran bising.
Dari segi ketahanan, peranti ini hadir dengan SGS Five-Star Drop Resistance dan pensijilan ketenteraan, selain kalis habuk dan mampu bertahan sehingga 12 jam dalam keadaan hujan lebat.
Ia turut menawarkan fungsi tambahan seperti One-Tap Water Ejection dan One-Tap Dust Ejection bagi mengekalkan prestasi optimum.
Pra-tempahan vivo V60 Lite 5G didatangkan bersama waranti lanjutan 1+1 tahun, waranti skrin retak 1 tahun, perlindungan penutup belakang, waranti merentas rantau, Holiday Vibes Gift Set, vivo Buds, serta rebat sehingga RM300.
Pelanggan juga boleh memilih pelan ansuran menerusi SPayLater atau PayLater by Grab dengan tawaran potongan harga dan ansuran tanpa faedah.
Menurut vivo Malaysia, rebat sebanyak RM200 ditawarkan untuk varian 12GB + 256GB, manakala RM300 untuk varian 12GB + 512GB, tertakluk sepanjang tempoh promosi.
Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh melayari laman rasmi vivo Malaysia atau mengikuti saluran media sosial syarikat itu.