Ikuti Kami:

Kesan COVID-19: Malindo Air Pula Tawarkan VSS Buat Kesemua Pekerja Tetap Dan Kontrak

Kesan COVID-19: Malindo Air Pula Tawarkan VSS Buat Kesemua Pekerja Tetap Dan Kontrak

Jika sebelum ini orang ramai dikejutkan dengan berita penamatan perkhidmatan melibatkan juruterbang, jurutera serta kru kabin AirAsia, situasi yang hampir sama turut berlaku buat Malindo Air yang dilaporkan sedia menawarkan voluntary separation scheme (VSS) buat kesemua pekerja tetap dan kontrak.

Difahamkan penawaran VSS buat kesemua pekerja ini dibuat selepas Malindo Air gagal mendapatkan pinjaman dan jaminan daripada pihak kerajaan dalam usaha untuk meneruskan operasi.

Menurut Lion Air Group, kesemua pekerja dengan kontrak selepas 31 Disember 2020 bakal ditawarkan VSS melihatkan kepada keadaan ekonomi semasa berikutan kehadiran wabak COVID-19.

Pihak Malindo Air juga sedia mengurangkan kos operasi sebanyak 50% dalam usaha untuk menjamin syarikat ini dapat terus beroperasi dalam tempoh yang panjang.

Untuk pengetahuan, Malindo Air pada bulan Mac lalu dilaporkan sudah mulai memotong 50% gaji para pekerja berikutan pandemik COVID-19. Melihatkan kepada ekonomi semasa, berkemungkinan industri penerbangan seluruh dunia memerlukan tempoh yang agak panjang sebelum industri ini dapat kembali beroperasi dengan rancak semula.

Komen
Loading...