IKLAN

Kesan COVID-19: Kru Air Asia Kongsi "Moment" Penerbangan Terakhir Mereka

Dalam menghadapi pandemik COVID-19, AirAsia Berhad dilaporkan terpaksa mengecilkan skala pekerja mereka dengan  menamatkan perkhidmatan 111 kru kabin daripada 1,900 kru, 172 juruterbang dan 50 jurutera.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Riad Asmat menegaskan bahawa syarikat tiada pilihan lain yang boleh selain melakukan penstrukturan semula organisasi.

Riad turut memohon maaf kepada kru AirAsia dan menegaskan, syarikat tiada pilihan lain yang boleh diambil buat masa ini selain melakukan penstrukturan semula organisasi.

Seorang kru yang terbabit dalam pengecilan operasi Air Asia berkongsi detik penerbangan terakhir mereka di laman Twitter.

"They're my bestfriends,they gave their 200%" tulis Samara di laman Twitter.

IKLAN

"We're going to figure things out. We always do. We're going to do it together. Kalau kiteorg bukak business apa apa tolong support okay? Kiteorg ada SPM je. Lesen kalau luar aviation orang lagi nak pakai A4 paper je. Doakan," tulisnya lagi.

Di dalam ciapan yang sama, kru-kru yang turut terjejas berkongsi rasa sayu dan rindu kepada rakan-rakan lain.

IKLAN

Turut bersedih, orang ramai yang memberi kata semangat dan mendoakan agar industri penerbangan bakal pulih dan mereka semua bakal dipanggil untuk kembali bekerja.

Didoakan semoga keadaan ini segera kembali pulih dan mereka yang terjejas akan dipanggil semula untuk berkerja.

Sumber : Twitter @irriananana

 

Jom like Facebook & follow Twitter mDaily bagi mendapatkan berita hangat dan terkini di seluruh dunia.

IKLAN