Ikuti Kami:

Kes Sungai Penchala: Penganggur Mengaku Bersalah Bunuh Kedua Ibu Bapa

Kes Sungai Penchala: Penganggur Mengaku Bersalah Bunuh Kedua Ibu Bapa

Lelaki yang didakwa membunuh kedua ibu bapanya dalam satu kejadian tragis di kediaman mereka di Sungai Penchala hujung tahun lalu, mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Tertuduh Afendi Muhammad Agus, 43, membuat pengakuan tersebut selepas dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim K.Muniandy.

Muniandy dilaporkan meminta peguam, Mohd Ruzaini Zulkifli yang mewakili tertuduh untuk mendapatkan kepastian, sama ada anak guamnya berhasrat mengekalkan pengakuan bersalah atau sebaliknya.

“Saya tak pernah jumpa anak guam, ini kali pertama kami bertemu, jadi saya menasihatinya supaya tidak mengaku bersalah memandangkan dia berdepan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun.

“Saya akan bincang mengenai pengakuan bersalah ini bersama anak guam, selain perlu meneliti dokumen berkaitan kes.

Mengikut dua pertuduhan, dia didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian ke atas pesara Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Muhammad Agus @ Muhamed Ali Omar, 82 dan Darlisma Njatu Saleh, 72.

Kesalahan itu didakwa berlaku di sebuah rumah di Kampung Sungai Penchala, Jalan Penchala Hilir 6 di sini masing-masing pukul 7.10 malam dan 7.20 malam pada 9 Disember 2023.

Dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mahkamah menetapkan 10 Oktober depan untuk pengurusan kes.

Komen
Loading...