Ikuti Kami:

Keropok beracun: Muhammad Luth meninggal dunia

Keropok beracun: Muhammad Luth meninggal dunia

KULIM: Seorang lagi kanak-kanak yang termakan makanan ringan didakwa dicampur racun tikus, Muhammad Luth Syauqi, 2, meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi mengesahkan kematian mangsa pada jam 1.20 tengah hari tadi.

“Mangsa kedua Muhammad Luth Syauqi sudah meninggal dunia kira-kira jam 1.20 tengah hari tadi.

“Bedah siasat akan dijalankan di Unit Forensik HPP,” katanya ketika dihubungi media hari ini.

Media sebelum ini melaporkan mengenai dua beradik, Muhammad Luth Syauqi dan Muhammad Akil Syauqi yang masing-masing berusia dua dan tiga tahun, kritikal selepas termakan makanan ringan yang didakwa dicampur racun tikus dalam kejadian di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim, Kedah, Ahad lalu.

Makanan ringan berupa keropok itu digantung pada pagar dawai dikatakan dipasang pemilik kebun, bertujuan menghalau haiwan liar yang mengancam tanamannya.

Kedua-dua kanak-kanak malang berkenaan dikejar ke HPP selepas menerima rawatan di Hospital Kulim.
Sebelum itu, Muhammad Akil menghembuskan nafas terakhir pada 8.30 pagi Rabu.

Komen
Loading...