Kereta Melambung, Pelanggar Lari Hampir Membunuh Kami Sekeluarga
- oleh Mohd Indera
- 4 tahuns lalu
Tular di Facebook, seorang lelaki dikenali sebagai Abdul Azim berkongsikan kisah dia dan keluarganya hampir maut akibat kemalangan langgar lari yang menimpa mereka berempat.
Kejadian tersebut dikatakan berlaku selepas mereka sekeluarga dalam perjalanan pulang ke rumah dari kediaman abang iparnya.
Lebih menyedihkan, si pelaku didakwa hanya lepas tangan setelah melanggar kenderaan keluarga ini dari belakang sekaligus mengakibatkan mereka semua terbabas dan melambung beberapa kali.
“Apa salah anak kecil dan wanita didalam gambar ini??Apa salah kami sekeluarga? APA BEZA KAMU DENGAN PEMBUNUH YANG MEMBUNUH KANAK2 DAN WANITA!!! yaa kamu sama tiada bezanya!!
“Itulah kami tujukan kepada PELANGGAR LARI yg melanggar kenderaan kami.KAMU HAMPIR MEMBUNUH KAMI BEREMPAT SEKELUARGA!!!
“Ceritanya bermula pada hari kejadiaan khamis 14/5/2020 kami baru saja balik daripada rumah abang ipar atas sebab2 dan alasan2 yang tertntu di taman desa mutiara johor.seingatnya kami sekeluarga keluar dan ingin pulang ke rumah pada pukul 12malam kerana ada anak kami berdua di rumah menunggu kepulangan kami.”
Kenderaan terbabas dan melambung tinggi
“Kami berempat pun pulang menggunakan laluan higway pasir gudang untuk balik ke rumah kami di taman uda utama. Setibanya di higway pasir gudang berdekatan dikawasan flyover kempas menghala ke perling,ketika tu saya berada di LORONG KIRI DENGAN KELAJUAN YANG SANGAT SEDERHANA dan jalan yang agak lenggang,dengan tiba2 kami sekeluarga terdengar satu bunyi dentuman yang sangat kuat di bahagian belakang kanan tempat pemandu.kenderaan yang kami pandu terbabas ke kiri jalan dan melambung tinggi berpusing hampir 5kali ke kawasan lapang dan melekat di pokok.
“Tuhan sahaja yg tahu stituasi masa keadaan tu.saya hanya mampu menjerit Allahuakbar setiap kali lambungan itu.ANAK LELAKI SAYA YANG BERUMUR 3TAHUN DAN ISTERI SAYA MELAMBUNG TERPELANTING KELUAR DARIPADA KERETA.Cuma saya dan anak perempuan saya yang berumur 8tahun yg masih kekal didalam kereta.”
Minta bantuan tapi tiada kereta yang berhenti
“Saya keluar memekik menjerit mencari anak saya yang berumur 3thun dan menjumpainya di kawasan semak tanpa sedarkan diri.saya terus mendukung anak saya dengan menangis melihat keadaan sekeliling yang berlaku sambil berlari ke tepi jalan higway untuk mendptkan bantuan.Allahu!!.saya tidak dapat bayangkan keadaan masa tu dengan isteri terbaring meraung kesakitan”sakit2!!”, namun tiada kenderaan yang berhenti utuk membrikan pertolongan,mungkin kawasan tersebut agak gelap.dan kenderaan yg melanggar saya pun tiada disitu.akhirnya selepas 20mnit abang ipar dan mak mentua saya sampai ditempat kejadian selepas saya mnghubungi untuk mendpatkan bantuan.Dan ambulance smpai trus mmbwa kami ke HSA.”
Kereta yang melanggar sangat-sangat laju, kami melambung sebanyak 5 kali
“Musibah yang paling terbesar dalam hidup kami sekeluarga.Dengan seminggu lagi nak raya,kami sekluarga masih dalam keadaan trauma dlm kjdian tersbut. Terutama anak saya yang berumur 3tahun.Kepada yang melanggar kenderaan kami.ingatlah!!.jika di sekarang ini kamu tidak dapat mendapat pembalasan,mungkin dilain hari kamu akan terima pembalasannya. WHAT U GIVE YOU GET BACK!.KIFARAH,KARMA!!ingat tu..syukur dipanjatkan kerana Allah masih lagi menyelamatkan nyawa kami sekeluarga.
“Kereta yg melanggar kami adalah sangat2 laju sehinggakan kami boleh melambung berpusing sebanyak [email protected] sekeluarga mngalami kerugian hmpir 25ribu kerana knderaan kami di declare total lost.Dengan kos rawatan hospital ubat ubatan yang ditanggung oleh pihak kami sendiri!SANGAT KEJAMNYA KAMU!.
“Ya Allah.hilang semangat kami sekeluarga untuk menyambut raya tahun ni yang tinggal beberapa hari sahaja dengan ekonomi pendapatan keluarga yang tidak menentu semenjak pkp daripda bulan 3.”
Si pelaku, jumpalah kami & bertanggungjawab
“Panjangkan dan sharekan la crita kami ini supaya pelanggar yang melnggar lari kami sekluarga baca dengan apa yang kami tulis ni dan tampil berjumpa la dengan kami supaya bertanggungjawab apa yang dilakukan pada kami sekeluarga.
Dan terima kasih juga kepada ahli keluarga yang bnyak mmbantu kami, kepada rakan2 sahabat yang menghulurkan bantuan dari segi wang ringit masa dan tenaga,yang menghubungi bertanyakan khabar dan kepada kalian semua yang mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kami skeluarga.Hanya tuhan sahaja yg dapat mmbalas jasa kalian smua.”
Esok keluar hospital, tapi masih trauma
“Sekarang makin mnjadi2 crita orang langgar lari.mati dsebabkan kecuaian secara sengaja atau tidak sngaja.report akn dibuat dan CCTV ditempat kejadian mungkin akan kami cari.Alhamdulillah syukur besok mungkin kami skluarga akan discharge keluar daripda hospital.Tapi kami sekeluarga masih lagi dalam proses penyembuhan dan akan berulang alik kehospital selama 2@3bulan untuk mmastikan kami betul2 sihat spt sdia kala.kami skeluarga masih lagi berada dalam keadaan yang sangat trauma daripada kejadian tersebut terutama isteri dan anak2
*Memang tak perasan jenis kenderaan apa dan nombor kenderaan apa kerana ianya tersangat laju dan hanya mendengar bunyi dentuman.”
Di ruangan komen, penuh dengan kata-kata semangat dan doa buat keluarga supaya terus kuat menghadapi ujian yang telah ditakdirkan. Ramai juga berharap agar si pelaku langgar lari ini boleh tampil kehadapan dan bertanggungjawab atas perlakuannya tersebut.
Kepada si pelaku, diharapkan tampil bertanggungjawab dan memohon maaf kepada mereka sekeluarga.
Perbuatan langgar lari sememangnya satu perkara yang amat keji dan kejam bagi si pelaku. Keadaan boleh bertambah buruk apabila nyawa mangsa yang dilanggar tersebut melayang atau cedera parah tetapi si pelaku lari ekoran tidak mahu bertanggungjawab.
Sumber: Facebook Abdul Azim