Ikuti Kami:

Kerana Salah Faham, Akaun Instagram KKM Diserang Netizen Indonesia Mengenai Kes Import COVID-19

Kerana Salah Faham, Akaun Instagram KKM Diserang Netizen Indonesia Mengenai Kes Import COVID-19

Jika anda mengikuti akaun Instagram Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pastinya anda sedar ada sesuatu yang pelik hari ini. Ruangan komen di akaun Instagram KKM kini dibanjiri dengan komen-komen negatif daripada rakyat Indonesia. Ini semua gara-gara salah faham mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh KKM sebelum ini.

Menerusi data dikongsikan oleh KKM, sebanyak 70 peratus kes COVID-19 yang diimport berasal dari Indonesia.

Seramai 139 rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara disahkan positif COVID-19, di mana 99 adalah dari Indonesia atau bersamaan 71.22 peratus daripada kes import.

Kenyataan tersebut mendapat salah faham dari rakyat Indonesia yang mendakwa Dr Noor Hisham Abdullah mengeluarkan kenyataan 70 peratus kes keseluruhan COVID-19 berasal daripada negara mereka.

Ianya jelas bertentangan dengan kenyataan asal KKM sebelum ini yang merujuk tentang kes import.

Menerusi tinjauan kami di akaun Instagram KKM hari ini, ruangan komen masih lagi dibanjiri dengan komen-komen negatif daripada rakyat Indonesia.

Sehinggakan orang ramai meminta admin yang menjaga akaun KKM untuk menutup ruangan komen buat sementara waktu.

Diharap rakyat Indonesia dapat memahami kenyataan asal yang dikeluarkan oleh KKM dan bukannya seperti yang ditularkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Kenyataan ini hanya merujuk kepada kes import sahaja dan bukannya kes keseluruhan di Malaysia. 

Komen
Loading...