Ikuti Kami:

Kerabat Diraja Sweden Secara Sukarela Hospital

Kerabat Diraja Sweden Secara Sukarela Hospital

Puteri Sofia dari Sweden telah memulakan tugasnya untuk berkhidmat di hospital untuk membantu negara ini memerangi wabak virus COVID-19. Kerabat diraja yang telah berkahwin dengan Putera Carl Phillip itu mengambil kursus perubatan selama tiga hari di Sophiahemmet University College, Stockholm.

Beliau juga berperanan sebagai salah seorang ahli lembaga kerusi kehormat di universiti tersebut. Puteri ini membuat keputusan untuk turut sama turun padang dalam membantu petugas perubatan melawan wabak ini apabila negara Scandanavia telah merekodkan 12,540 kes positif dan 1,333 kes kematian akibat COVID-19.

Sophiahemmet University College menjalankan latihan kepada 80 orang sukarelawan dalam seminggu untuk memastikan tenaga kerja yang diperlukan oleh doktor dan jururawat untuk merawat pesakit COVID-19 mencukupi.

Menurut Pengarah Jabatan Penerangan dan Akhbar di Mahkamah Diraja, Puteri Sofia berbesar hati untuk menyumbang tenaga dengan melakukan kerja sukarelawan ini ketika kakitangan hospital sedang berhadapan dengan kekurangan bantuan tenaga kerja.

Bekas model ini menjadi sebahagian keluarga diraja Sweden pada 2015, selepas berkahwin dengan Carl Phillip yang merupakan putera kepada Raja Carl Gustaf. Putera Carl Phillip adalah putera yang berada di tangga keempat takhta selepas Puteri Mahkota Victoria, Puteri Estella dan Putera Oscar.

The Duchess of Värmland ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Putera Alexander dan Putera Gabriel. Kedua-dua putera ini menduduki tangga kelima dan keenam dalam takhta. Sebelum berkahwin dengan putera Sweden, Sofia telah memulakan kerjaya awalnya sebagai model yang terkenal dan pernah muncul sebagai bintang televisyen rancangan realiti, Paradise Hotel versi Sweden.

Sumber 

Komen
Loading...