Ikuti Kami:

Kena Kecam Sebab Bela Anjing Berkaki Dua, Harith Iskander Tak Terkesan Dengan Komen Netizen

Kena Kecam Sebab Bela Anjing Berkaki Dua, Harith Iskander Tak Terkesan Dengan Komen Netizen

Walaupun menerima kecam ramai netizen kerana membela anjing cacat yang menggunakan roda berkaki dua, Harith Iskander dan isteri, Dr. Jezamine meluahkan rasa gembira kerana dapat menjaga dan merawat anjing betina yang diberi nama Marvella itu.

Dalam entri terbaru Harith Iskander di laman Instagramnya meluahkan rasa bersyukur dan gembira serta merakam kenangan manis bersama Marvella di IGTV.

Dalam kapsyen panjang entri berkenaan, Harith juga enggan memberi komen balas netizen yang menghentam dirinya kerana perkara itu sudah dijangka sejak awal lagi.

Namun, dia turut berterima kasih kepada mereka di luar sana yang memberi sokongan dan rasa simpati terhadap apa yang terjadi kepada Marvella.

“Saya akan terus membantu kerana agama Islam yang saya percaya selama ini membenarkannya atas dasar kemanusiaan dan belas kasihan. Perbuatan saya menjaga anjing ini dan cara saya menjaga dan mengurus iman saya seharusnya tidak mempengaruhi orang lain dengan cara mereka menjaga iman mereka,” katanya.

Terdahulu, Harith dan isteri, Dr. Jezamine mengambil keputusan untuk membela Marvella pada 23 Jun yang lalu.

Anjing tersebut yang sebelum ini telah diselamatkan oleh seorang sukarelawan 2 tahun lalu dijumpai dalam keadaan menyayat hati dan telah kehilangan dua kaki hadapan kerana didera oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.

Komen
Loading...