Ikuti Kami:

Kenali Latar Belakang Bakal Isteri Tengku Muhammad, Tengku Natasya Adnan

Kenali Latar Belakang Bakal Isteri Tengku Muhammad, Tengku Natasya Adnan

Tular di platform TikTok berita sememangnya mendatangkan rasa teruja di kalangan orang ramai bahawa Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah bakal mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya iaitu Tengku Natasya Adnan.

Tengku Natasya Adnan merupakan anak perempuan kepada Yang Mulia (YM) Datuk Seri Utama Tengku Adnan, yang lebih dikenali sebagai Ku Nan, bekas Menteri Wilayah Persekutuan, dan Datin Seri Utama Enny Beatrice Ferlat Kusumo Anggraini, bekas aktres Indonesia yang terkenal dan merupakan bintang besar perfileman pada tahun 80-an.

Dengan mempunyai darah kacukan Malaysia-Indonesia serta latar belakang keluarganya yang terkemuka, Tengku Natasya tidak hanya menjadi perhatian kerana status sosialnya, tetapi juga kerana kecantikannya yang menjadi tumpuan ramai.

Tengku Natasya adalah anak sulung daripada enam beradik, yang terdiri daripada Tengku Iqbal Munawwir, Tengku Muhammed Hafiz, Tengku Nadira Munawarah, Tengku Najwa Munawarah, dan Tengku Nabila Putri.

Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah merupakan putera kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Majlis yang dijadualkan berlangsung pada 24, 25, dan 27 Oktober 2024 ini bukan sahaja akan menyatukan dua individu, tetapi juga akan menjadi momen bersejarah bagi keluarga kedua-dua pihak, mencipta satu ikatan yang diharapkan dapat mengukuhkan lagi hubungan antara dua keluarga terkemuka di negara ini.

Komen
Loading...