Ikuti Kami:

Kempen “Cuti-Cuti TGV” Tawar Percutian Mewah dan Hadiah Eksklusif Buat Penonton

Kempen “Cuti-Cuti TGV” Tawar Percutian Mewah dan Hadiah Eksklusif Buat Penonton

TGV Cinemas memperkenalkan kempen istimewa Cuti-Cuti TGV bermula 23 Ogos hingga 16 September 2025 yang bukan sahaja menawarkan tayangan filem blokbuster pada harga mampu milik, malah memberi peluang kepada penonton bertuah memenangi hadiah percutian mewah serta barangan eksklusif.

Menurut kenyataan TGV, antara hadiah utama yang menanti ialah penginapan di The Villa, Sunway Resort Hotel bernilai lebih RM2,000 selain tiket penerbangan serta hadiah istimewa daripada jenama tempatan.


Sepanjang kempen ini, penonton dapat menikmati pelbagai filem pilihan termasuk Legasi Bomba The Movie dan Magik Rompak lakonan Zul Ariffin, Sharnaaz Ahmad, Amelia Henderson dan Nadhir Nasar.

Turut ditayangkan ialah The Conjuring: Last Rites, Attack 13 serta hiburan keluarga seperti Princess Mononoke, Bebefinn Sing-Along dan Gabby’s Dollhouse.

Selain itu, TGV membawakan semula filem animasi kegemaran ramai seperti Ejen Ali: The Movie 2 (2025), BoBoiBoy: The Movie 2 (2019) dan BoBoiBoy: The Movie (2016) dengan harga tiket hanya RM10.

Menariknya, TGV turut menggalakkan penonton hadir dengan pakaian tradisional bagi menyemarakkan semangat Cuti-Cuti Malaysia di pawagam.

Maklumat lanjut berhubung jadual tayangan dan penyertaan boleh didapati di laman sesawang rasmi TGV, www.tgv.com.my
.

Komen
Loading...