Kembara Muzik Exists: Konsert Istimewa di JioSpace PJ Oktober Ini
- oleh Mohd Indera
- 1 hari lalu

Foto Oleh: Subky Hj Bebit.
Exists, kumpulan terkenal yang melahirkan banyak lagu hits sejak tahun 1991, bakal membawa peminat mereka ke dalam sebuah perjalanan muzik yang istimewa menerusi konsert EXISTS PREMIUM LIVE @ PJ pada 4 Oktober 2025.
Konsert ini akan berlangsung di JioSpace, Petaling Jaya dan menjanjikan pengalaman muzik yang dekat di hati peminat.
Menurut penganjur, JioBuddy, konsert ini berbeza daripada persembahan Exists sebelum ini. Ia lebih intim dan memberi peluang kepada peminat untuk merasai pengalaman muzik Exists secara eksklusif.
“Konsert ini adalah satu kembara muzik yang berbeza. Kami mahu peminat merasai keunikan Exists dengan suasana yang lebih peribadi,” kata Sean Ng dari JioBuddy.
Exists akan memainkan lagu-lagu hit mereka seperti biasa, tetapi dengan sentuhan khas yang lebih mendalam dan dekat.
Along, pemain gitar utama, menegaskan bahawa kumpulannya ingin menyampaikan muzik yang mampu menyentuh hati peminat dan mencipta pengalaman istimewa untuk mereka yang hadir.
“Muzik kami akan menyentuh hati peminat. Kami mahu mereka yang hadir merasai pengalaman yang istimewa bersama kami.” ujarnya.
Ezad, vokalis kumpulan Exists, melahirkan rasa teruja untuk kembali menghiburkan peminat menerusi konsert yang bakal berlangsung.
Menurutnya, konsert ini menjadi ruang terbaik untuk merapatkan hubungan antara peminat dan kumpulan yang telah lama bertapak dalam industri muzik.
“Kami sangat menghargai sokongan peminat selama ini. Konsert ini adalah cara kami mendekati mereka dengan lebih rapat dan memberikan persembahan yang bermakna,” kataya.
Tiket untuk konsert ini dijual dalam tiga kategori: Premium (RM588), VIP (RM488), dan Diamond (RM368). Barangan eksklusif Exists juga akan ditawarkan pada malam tersebut.
Tiket boleh didapati melalui laman web www.jiotix.asia atau talian WhatsApp di +6011 1660 1122. Terdapat juga tiket khas untuk peminat daripada golongan OKU.
Konsert ini akan bermula pada pukul 8.30 malam dan diharapkan menjadi malam yang penuh kenangan buat peminat Exists.