Ikuti Kami:

“Kekurangan” Tidak Menghalang Pemuda Ini Mencari Rezeki Secara Online

“Kekurangan” Tidak Menghalang Pemuda Ini Mencari Rezeki Secara Online

Dalam menghadapi pendemik COVID-19 masyarakat dunia khasnya di malaysia terpaksa akur dalam mengaplikasikan kemudahan teknologi digital yang semakin berkembang.

Tidak ketinggalan seorang pemuda yang menghidap penyakit cerebral palsy bernama Dale yang menggunakan medium Facebook Live untuk mempromosikan barangan jualannya.

Menggunakan nama Scarpe Neozio My di laman Facebook, pemilik kedai online itu menjual pelbagai jenis barangan seperti stokin, kasut serta pakaian.

“Saya mohon maaf yang saya mempunyai masalah pertuturan, seandainya rakan-rakan sekalian tidak dapat memahami saya sila teks dengan saya dalam chat,” tulisnya pada kapsyen sebuah video live di laman itu.

Walaupun percakapannya kurang jelas, tetapi ketekunan dan keyakinannya sememangnya sangat dipuji.

“What’s up? Apa khabar semua? Nama saya Dale. Minta maaf jika pertuturan saya kurang jelas. Saya mempunyai penyakit cerebral palsy.

“Saksikan dan sokong saya menjual kasut dan barangan lain di Facebook live,” kata Dale dalam satu video pengenalan diri di laman Facebook miliknya

Kebanyakan pelanggan yang berurusan dengannya meninggalkan maklum balas dan komen yang positif di Facebook.

Ramai yang kagum dengan pemuda ini kerana tetap cekal menjalankan perniagaan walaupun serba kekurangan.

Sumber: Scarpe Neozio My

Komen
Loading...