Kekurangan Nutrisi Jejas Kognitif Anak, Mindtropic Junior Tampil Dengan Formulasi Dipertingkat
- oleh MDaily Editor
- 17 Mar 2026 12:59 pm
Kekurangan nutrisi pada peringkat awal usia bukan sahaja menjejaskan tumbesaran fizikal, malah berisiko memberi kesan jangka panjang terhadap keupayaan kognitif dan prestasi pembelajaran kanak-kanak apabila dewasa kelak.
Pakar kesihatan memberi amaran bahawa gaya hidup moden yang terdedah kepada penggunaan peranti digital yang tinggi serta pemakanan tidak seimbang menjadi cabaran utama dalam memastikan perkembangan otak kanak-kanak mencapai tahap optimum.
Menyedari kebimbangan itu, jenama kesihatan tempatan, Eskayvie, memperkenalkan produk Mindtropic dan Mindtropic Junior dengan formulasi dipertingkat serta wajah baharu bagi menyokong keperluan kognitif generasi muda.
Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, berkata perkembangan otak manusia berlaku dengan sangat pesat pada tahun-tahun awal kehidupan, di mana hampir sebahagian besar proses itu lengkap sebelum usia lima tahun.

“Dalam tempoh kritikal ini, nutrisi memainkan peranan utama dalam menyokong pembentukan sambungan sel-sel otak yang berkait rapat dengan fungsi kognitif.
“Apabila kanak-kanak mendapat nutrisi mencukupi, ia membantu mereka membina asas pembelajaran yang lebih kukuh serta menyokong aspek fokus, memori dan keyakinan diri,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.
Bagi Mindtropic Junior yang dikhususkan untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah, formulasi terbaharu kini diperkaya dengan lutein.
Nutrien ini sangat penting dalam menyokong kesihatan visual dan fungsi otak, terutama ketika kanak-kanak kini lebih kerap terdedah kepada skrin digital.
Manakala bagi Mindtropic (untuk individu 13 tahun ke atas), ia diperkasakan dengan campuran beri, ubi bit dan magnesium glycinate bagi mengekalkan kejelasan mental dan fungsi kognitif yang tajam.
Sementara itu, Pengasanya, Dr Kartika Wati Mohamed, menegaskan bahawa pembangunan modal insan perlu bermula dari rumah menerusi kempen “Serlahkan Potensi Anak Anda”.

“Potensi anak-anak tidak terbentuk secara kebetulan. Ia memerlukan persekitaran pembelajaran yang baik dan sokongan nutrisi yang tepat sebagai asas untuk mereka berfikir dan berkembang,” jelas beliau.
Pelancaran wajah baharu ini turut memperkenalkan Owi, ikon yang melambangkan rasa ingin tahu dan semangat belajar kanak-kanak. Langkah ini bertujuan menyampaikan mesej kepentingan ‘Booster Minda’ dengan cara yang lebih mesra dan mudah difahami oleh golongan cilik.

Turut menyokong inisiatif ini ialah duta Eskayvie, Datuk Aznil Hj Nawawi atau Pak Nil, yang menyeru ibu bapa agar lebih peka terhadap aspek pemakanan demi masa depan negara yang lebih berdaya saing.
Produk Mindtropic dan Mindtropic Junior kini hadir dengan rekaan lebih moden, mencerminkan komitmen Eskayvie dalam menyediakan suplemen berasaskan kajian sains yang teliti oleh pasukan profesional termasuk doktor dan pakar diet.




