Ikuti Kami:

Kejohanan MyEsport MyStay@HomeChallenge 2.0

Kejohanan MyEsport MyStay@HomeChallenge 2.0

19 April – Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sekali lagi akan menganjurkan Kejohanan MyEsports : MyStay@HomeChallenge siri kedua (2.0) setelah menerima sambutan hebat daripada pemain-pemain Esports seluruh Malaysia pada siri yang pertama.

Kejohanan MyEsports : MyStay@HomeChallenge 2.0 peringkat negeri akan berlangsung pada 22 & 23 April 2020 melibatkan permainan Mobile Legends & PUBG di 13 buah negeri & 2 Wilayah Persekutuan.

Kejohanan 2.0 kali ini akan dipertingkatkan jumlah penyertaan pasukan yang bertanding, daripada 64 pasukan kepada 128 pasukan di peringkat negeri dengan sasaran penyertaan sebanyak 1,152 pemain.

Johan & Naib Johan di peringkat negeri akan mewakili negeri masingmasing ke peringkat kebangsaan yang akan bermula pada 27 & 28 April 2020.

Kejohanan 2.0 juga akan dirancakkan lagi dengan pertambahan tiga permainan iaitu Counter Strike : Global Offensive (CS:GO), FIFA Pro Club dan Defense of the Ancients (DOTA 2), yang akan dipertandingkan di peringkat kebangsaan sahaja.

Bagi permainan CS:GO & DOTA 2, akan dijalankan secara terbuka di peringkat kebangsaan bermula 21 hingga 23 April 2020. Manakala persaingan FIFA Pro Club dalam kategori terbuka pula akan bermula dari 25 hingga 28 April 2020, yang hanya akan dimainkan sehingga jam 4 petang bagi menghormati bulan Ramadan.

Kejohanan MyEsports 2.0 ini adalah bersempena dengan tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) COVID-19 Fasa 3 yang telah dilanjutkan bermula 15 April hingga 28 April 2020. Oleh yang demikian, syarat utama kejohanan adalah peserta perlu berada di rumah masing-masing walaupun kategori yang dipertandingkan adalah
secara berkumpulan.

Secara keseluruhannya, penganjuran kejohanan ini adalah inisiatif dalam memastikan penggemar Esports khususnya para belia untuk terus kekal duduk di rumah sepanjang PKP ini, di samping mengisi masa lapang mereka dengan bermain Esports melalui promosi gaya hidup yang sihat (healthy gaming).

Penggemar atau pemain-pemain Esports yang berminat untuk menyertai Kejohanan MyEsports 2.0 boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kelayakan, pendaftaran, syarat-syarat penyertaan menerusi media sosial Kementerian Belia dan
Sukan (KBS) serta Esports Malaysia (ESM).

Link Pendaftaran :
http://myesportschallenge.com/

Komen
Loading...