Ikuti Kami:

Kedai Gunting Rambut Masih Tidak Dibenar

Kedai Gunting Rambut Masih Tidak Dibenar

Kerajaan harini ini menegaskan perkhidmatan gunting rambut masih tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Persoalan ini timbul apabila ada laporan yang mendakwa terdapat orang kenamaan mendapatkan khidmat gunting rambut di rumah.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkhidmatan gunting rambut masih tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Tidak kira ia dilakukan di rumah, pejabat atau kedai gunting, semuanya sama iaitu tidak boleh dilakukan,” katanya.

Pada 13 April lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melarang operasi kedai gunting rambut, salun kecantikan dan kedai cermin mata di seluruh negara sepanjang pelaksanaan PKP.

Keputusan itu dibuat selepas kerajaan mengambil kira pandangan dan maklum balas daripada pakar, badan bukan kerajaan dan rakyat.

Komen
Loading...