“Kau Pun Beli Guna Duit Mencuri..” – ‘Influencer’ Islamik Popular Sedih Terpaksa Jual Barang Jenama Mewah, Netizen Perli Semula
- oleh mDaily Editor
- 1 bulan lalu
Baru-baru ini, di platform TikTok tular satu video memaparkan tangkap layar hantaran seorang pempengaruh islamik yang dikenali ramai meluahkan rasa sedih kerana terpaksa menjual barangan jenama mewah yang dimiliki.
Dapat dilihat dalam ‘screenshot’ tersebut, pempengaruh itu memuat naik beberapa barangan peribadi berjenama mewah yang mahu dijual di Instagram Story.
‘Influencer’ itu juga didakwa berasa sedih kerana terpaksa menjual beberapa barangan peribadinya bagi mendapatkan wang.
Kami pergi ke sebuah pusat membeli belah untuk menjual barangan kami. Hati saya diselubungi kesedihan tetapi fikiran saya dikawal oleh realiti.
Bagaimanapun, hantaran tersebut telah dipadam sususulan ia mendatangkan rasa kurang senang dikalangan warganet.
Kata netizen, dia tidak sepatutnya berasa sedih kerana barang-barang berjenama itu dibeli dengan duit yang telah mereka menyeleweng.