KAO Malaysia & Watsons Perkasa Kesedaran Penjagaan Kulit Melalui Kempen ‘Skin Protection, Life Perfection’
- oleh Mohd Indera
- 2 minggu lalu

KAO Malaysia menerusi kerjasama strategik bersama rangkaian kesihatan dan kecantikan terkenal, Watsons Malaysia, telah melancarkan kempen kesedaran penjagaan kulit bertajuk “Skin Protection, Life Perfection”, yang menyasarkan amalan penjagaan kulit secara berdisiplin sejak usia remaja sebagai asas kehidupan yang sihat, yakin dan seimbang.
Kempen yang bermula 6 Mei hingga 25 Jun ini bukan sekadar mempromosi produk, malah menekankan pendidikan berterusan dan gaya hidup sihat, selaras dengan aspirasi KAO untuk melahirkan masyarakat celik kesihatan kulit serta berpengetahuan mengenai kepentingan perlindungan kulit dalam kehidupan harian.
Puan Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Ketua Pegawai Operasi Kesihatan & Kecantikan Asia (kiri) bersama Encik Yamazaki Hirobumi, Presiden KAO Malaysia (kanan)
Presiden KAO Malaysia, Encik Yamazaki Hirobumi, berkata inisiatif ini menggambarkan komitmen pihaknya terhadap pembentukan gaya hidup sejahtera melalui pendekatan saintifik dan menyeluruh.
“Penjagaan kulit bukan hanya rutin kecantikan tetapi asas kehidupan yang berkualiti. Dengan kerjasama Watsons, kami menyediakan ekosistem kolaboratif merangkumi produk Bioré, program ganjaran, serta sokongan kepada penyelidikan tempatan,” katanya dalam sidang media pelancaran kempen tersebut.
Menariknya, sebanyak 1% daripada hasil jualan kempen ini akan disalurkan kepada dana penyelidikan kesihatan kulit tempatan, yang memperkukuh lagi nilai kempen ini di peringkat komuniti.
Majlis pelancaran kempen turut menampilkan sesi ilmiah bersama Profesor Madya Dr. Noraini dari Jabatan Kimia, Universiti Malaya, yang menyampaikan ceramah bertajuk “Sains Di Sebalik Ramuan Penjagaan Kulit Berkesan: Mengapa Formulasi Penting?”, diikuti demonstrasi rejimen kulit oleh Dr. Lim Ing Kien, pakar dermatologi dan Pengarah Urusan Ventamin.
Menurut Dr. Noraini, penjagaan kulit yang konsisten dari usia muda mampu mengurangkan risiko masalah dermatologi kronik pada masa hadapan.
Dalam kempen ini, pendekatan penjagaan kulit “Cleanse. Protect.” diketengahkan sebagai asas mudah dan berkesan untuk diamalkan harian.
Rangkaian produk Bioré, yang meliputi pembersih wajah dan pelindung matahari berprestasi tinggi, disarankan untuk menangani ancaman seperti sinaran UV, habuk dan suhu persekitaran yang ekstrem.
Sementara itu, Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh, menyatakan kempen ini selari dengan misi syarikat untuk memperluas akses kesihatan dan kecantikan kepada semua lapisan masyarakat.
“Watsons bangga menjadi rakan utama dalam usaha mendidik rakyat Malaysia tentang pentingnya perlindungan kulit. Kami yakin ganjaran menarik seperti program ‘W Rewards’ dan ‘E-Stamp’ akan menarik lebih ramai pengguna untuk mula menjaga kesihatan kulit mereka,” ujarnya.
Sepanjang tempoh kempen, pelanggan yang membeli produk Bioré atau Bioré Guard bernilai RM80 dan ke atas dalam satu resit di cawangan Watsons atau menerusi e-Shop Watsons, layak menebus PIN eWallet Touch ‘n Go bernilai RM25.
Kempen ini turut menyokong pelbagai inisiatif komuniti lain seperti projek “Guard Our Future”, iaitu kempen kesedaran dan pencegahan denggi yang berlangsung di beberapa kawasan berisiko tinggi di Selangor.
Untuk maklumat lanjut tentang promosi dan penyertaan, orang ramai boleh melayari laman sosial rasmi Kao Malaysia dan Watsons Malaysia.