Ikuti Kami:

Kandungan Dah Cecah 5 Bulan, Nur Fazura “Shopping” Kasut Baru

Kandungan Dah Cecah 5 Bulan, Nur Fazura “Shopping” Kasut Baru

Pasangan artis yang memang dinanti kelahiran cahaya mata oleh peminat, Nur Fazura dan Fattah Amin kini menanti detik kelahiran anak sulung pertama mereka tidak lama lagi.

Difahamkan, kandungan Nur Fazura kini sudah mencecah lima bulan. Menerusi perkembangan Instagram suami kepada aktres jelita itu, Fazura memberitahu peminat bahawa kini sepatu yang sering digayakannya sudah tidak muat.

Kelihatan dalam video itu juga sudah kelihatan ‘baby bump’. Comel sungguh!

“Hari ini kami on the way pergi Bata! Yaayy! Dapat keluar. Saya akan beli kasut baru jika ada urusan emergency sebab kasut-kasut saya semua dah tak muat,”

Peminat yang mengikuti aktiviti Fazura dan Fattah turut membanjiri ruangan komen posting berkenaan dan mendoakan supaya proses bersalin pelakon dan penyanyi berkenaan berjalan lancar dan dipermudahkan urusan.

Terdahulu, Nur Fazura dan Fattah Amin berkahwin pada November 2017 yang lalu dan dijangka menimang cahaya mata pertama pada Oktober tahun ini.

Sumber: Media Hiburan

Komen
Loading...