Ikuti Kami:

Kanak-Kanak 6 Tahun Dilaporkan Hilang, Terpisah Dari Keluarga Ketika Hadiri Festival di Johor Bahru

Kanak-Kanak 6 Tahun Dilaporkan Hilang, Terpisah Dari Keluarga Ketika Hadiri Festival di Johor Bahru

Seorang kanak-kanak berusia 6 tahun, Liao Jia Hui dilaporkan hilang malam tadi ( 20 Julai) kira-kira jam 8.30 malam ketika menghadiri Festival Bon Odori di Johor Bahru.

Orang ramai berkongsi tentang berita kehilangan kanak-kanak itu di media sosial dengan harapan dia dapat dijumpai dengan selamat.

Menurut laporan, Liao Jia Hui telah terpisah dari keluarganya ketika di festival itu dan kali terakhir dilihat memakai baju berwarna merah jambu dan bercorak Mickey Mouse.

Berdasarkan maklumat terkini, Liao Jia Hui masih belum dijumpai dan ibu bapa kanak-kanak itu sudah membuat laporan polis di Iskandar Puteri.

Jika menjumpai budak tersebut, sila hubungi kami secepat mungkin, terima kasih dan tolong sharekan atau hubungi 016-9540623

.

Komen
Loading...