Ikuti Kami:

Kalau Tuanku Agong Titah ” Kerajaan Beta ” Saya Pula “Dapur Beta”

Kalau Tuanku Agong Titah ” Kerajaan Beta ” Saya Pula “Dapur Beta”

Tular istilah ‘kerajaan beta’ selepas titah diraja Yang di-Pertuan Agong semasa istiadat pembukaan mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-14 sehingga ramai menyebut-nyebut istilah berkenaan di media sosial.

Dalam titah tersebut, baginda Tuanku ada menyebut berkenaan ‘kerajaan beta’ merujuk kepada kepimpinan yang sudah diperkenankan dengan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hal ini termasuklah KDYMM Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang turut  mencuri perhatian dengan berseloroh dengan perkataan tersebut di Instagramnya.

Menurut baginda, jika Tuanku Agong bertitah berkenaan ‘kerajaan beta’, baginda pula lebih merujuk kepada ‘dapur beta’ kerana hobinya yang sangat gemar memasak.

Posting tersebut juga disertakan dengan gambar acuan cekodok jagung iaitu juadah ringkas yang sangat digemari.

Umum sedia tahu bahawa Raja Permaisuri Agong amat gemar memasak  dan tidak lokek berkongsi foto juadah yang disediakan di Instagram sebagai tatapan warganet semua.

Baginda juga kerap kali meninggalkan kapsyen yang agak lucu dan santai membuatkan rakyat berasa dekat dengan keluarga Diraja ini.

Susulan daripada perkongsian ceria tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen di ruangan Instagram baginda. Ada antara mereka bertanyakan resepi cekodok jagung itu kerana terlihat sangat menyelerakan.

Mereka juga sempat mendoakan agar keluarga Diraja ini terus diberi kesejahteraan dan dilindungi oleh Allah S.W.T.

Foto : Instagram @airtangan_tunkuazizah

Komen
Loading...