Ikuti Kami:

Kaka Azraff dan Adam Azriff Dilaporkan Bercerai

Kaka Azraff dan Adam Azriff Dilaporkan Bercerai

Penyanyi Kaka Azraff dilaporkan telah berpisah dengan suaminya, Adam Azriff, setelah kedua-duanya sah bercerai talak satu pada hari ini.

Memetik laporan Kosmo, Kaka dan Adam hadir ke Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, pada Isnin bagi melaksanakan lafaz cerai secara ekspres.

Perpisahan mereka dikatakan berlangsung secara baik, dengan persetujuan bersama berhubung penjagaan tiga anak mereka.

Namun begitu, Kaka difahamkan belum bersedia untuk memberi sebarang kenyataan berhubung berita perceraian ini.

“Saya difahamkan Kaka belum sedia untuk membuka mulut berhubung perceraian yang sudah disahkan di mahkamah hari ini,” kata satu sumber.

Sumber tersebut turut menjelaskan bahawa Kaka dan Adam tidak pernah berkongsi masalah peribadi secara terbuka, dan hubungan mereka kelihatan seperti pasangan lain yang bahagia.

“Mereka masih bersahabat baik dan akan bersama-sama menjaga anak-anak. Kita hanya doakan yang terbaik untuk mereka dan keluarga kecil mereka,” tambah sumber tersebut.

Sebagai makluman, Kaka dan Adam berkahwin pada 14 Disember 2018 dan dikurniakan tiga cahaya mata hasil perkongsian hidup mereka.

Komen
Loading...