Ikuti Kami:

JOMhotel.com Sasar Ubah Landskap Industri Perhotelan

JOMhotel.com Sasar Ubah Landskap Industri Perhotelan

Platform tempahan hotel buatan anak tempatan, JOMhotel.com, menyasarkan untuk mengubah landskap industri perhotelan tanah air melalui pendekatan teknologi dan inovasi dalam tempahan penginapan saat akhir.

Ditubuhkan pada 2025 di bawah Bamboo Hospitality Travel Sdn. Bhd., JOMhotel.com dibangunkan oleh sekumpulan Pengurus Besar hotel, pakar platform dalam talian (OTA) dan pembangun teknologi tempatan yang berpengalaman dalam industri hospitaliti.

Berbeza daripada platform lain, JOMhotel.com memberi tumpuan sepenuhnya kepada tempahan penginapan pada hari sama, dengan pelaksanaan polisi tanpa bayaran balik, bayaran segera kepada rakan hotel serta harga berperingkat antara RM49 hingga RM299.

Menurut Pengarah JOMhotel.com, Anthony Kong, kejayaan platform itu berpaksikan kepada kepercayaan dan kerjasama erat dengan pengusaha hotel di seluruh negara.

“Kejayaan kami bergantung kepada kekuatan kolaborasi dan kepercayaan yang terjalin antara kami dan rakan hotel. Perlancaran ini menandakan permulaan kepada satu perjalanan bersama yang berpaksikan inovasi serta komitmen untuk memperkasa industri perhotelan tempatan,” katanya.

Model itu bukan sahaja membantu hotel menukar bilik tidak terjual kepada pendapatan sebenar, malah memberi peluang kepada pelanggan menikmati tawaran penginapan spontan pada kadar berpatutan.

Statistik industri menunjukkan hampir 30 peratus tetamu hotel di Malaysia membuat tempahan pada hari yang sama, menjadikan JOMhotel.com sebagai platform yang tepat untuk meningkatkan kadar penginapan di seluruh negara.

Satu majlis pelancaran serta Hotel Partners’ Get-Together Night telah diadakan di Societe Suites Hartamas, menghimpunkan pengusaha hotel, pemain industri dan rakan perniagaan dalam suasana mesra serta penuh kolaborasi.

Majlis berkonsep santai itu menjadi pentas untuk berkongsi pandangan, membina rangkaian kerjasama strategik dan membincangkan hala tuju sektor perhotelan yang lebih mampan di Malaysia.

Dalam majlis berkenaan, syarikat itu turut memperkenalkan beberapa ciri digital baharu yang akan dilancarkan tidak lama lagi, termasuk pemasaran digital berasaskan data, kempen geo-fence dan strategi carian berfokus tinggi bagi membantu hotel memanfaatkan teknologi secara optimum.

Selain meningkatkan kadar penginapan, JOMhotel.com turut berhasrat memperkenalkan pendekatan baharu dalam sektor hospitaliti berasaskan analisis data dan pemahaman terhadap tingkah laku pengguna, sekali gus membantu pengusaha hotel mengurangkan pembaziran operasi dan meningkatkan kecekapan jangka panjang.

Pada masa hadapan, platform itu akan memperluas kerjasama strategik dengan lebih banyak hotel, penganjur acara dan perniagaan berkaitan pelancongan di seluruh negara sebagai sebahagian daripada usahanya untuk mentakrifkan semula konsep penginapan saat akhir di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan peluang kerjasama, layari https://jomhotel.com.

Komen
Loading...