JOMHOTEL.COM Dilantik Platform Penginapan Rasmi Rain Rave Water Music Festival 2026
- oleh MDaily Editor
- 29 Apr 2026 11:22 am
Peminat muzik yang bakal membanjiri ibu kota bagi Rain Rave Water Music Festival 2026 kini mempunyai penyelesaian penginapan yang lebih mudah dan menjimatkan apabila JOMHOTEL.COM dilantik sebagai platform tempahan hotel rasmi acara berkenaan.
Festival muzik air berskala nasional yang dianjurkan oleh The Fame dengan sokongan penuh Tourism Malaysia itu bakal menggegarkan Bukit Bintang bermula 30 April hingga 2 Mei 2026.
Penganjuran ini juga merupakan sebahagian daripada pengisian kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).
Seiring dengan jangkaan kesesakan lalu lintas dan penutupan beberapa laluan utama di sekitar Bukit Bintang, kerjasama ini bertujuan memudahkan pengunjung luar dan tempatan mendapatkan tempat bermalam tanpa perlu memandu pulang dalam keadaan letih.
Apa yang menarik, JOMHOTEL.COM memperkenalkan konsep unik ‘same-day stay’.
Melalui pendekatan ini tempahan hanya boleh dibuat untuk penginapan pada hari yang sama.
Sebagai contoh, tempahan yang dibuat pada 30 April hanya sah untuk malam tersebut, membolehkan platform menawarkan kadar harga jauh lebih rendah dan kompetitif berbanding tempahan konvensional.
Pengguna yang ingin melanjutkan penginapan hanya perlu membuat tempahan baharu pada hari berikutnya untuk terus menikmati harga terbaik.

Menurut kenyataan media JOMHOTEL.COM, platform tempahan dalam talian milik 100 peratus syarikat Malaysia itu komited memberikan nilai tambah kepada sektor pelancongan negara.
”Pendekatan ini membolehkan kami menawarkan kadar harga yang lebih rendah, sekali gus memberi nilai tambah kepada pengguna yang mencari penginapan segera dengan harga terbaik di tengah-tengah pusat bandar.” katanya.
Pihak pengurusan turut merakamkan penghargaan kepada The Fame dan Tourism Malaysia atas peluang kolaborasi ini yang dilihat mampu merancakkan ekonomi setempat, khususnya dalam sektor hospitaliti dan perkhidmatan.
Festival tiga hari itu bakal menampilkan gabungan elemen muzik, air, dan suasana festival yang imersif.
Selain persembahan artis tempatan dan antarabangsa, pengunjung juga boleh menikmati The Rhythm of Flavours dan The Rhythm of Cultures.
Orang ramai digalakkan untuk menyertai program keahlian JOMHOTEL.COM bagi menikmati pelbagai tawaran eksklusif dan diskaun menarik.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, layari www.jomhotel.com.
