Ikuti Kami:

Jom Sambut Ambang Merdeka Bersama Jojet ‘Puisi Merdeka’

Jom Sambut Ambang Merdeka Bersama Jojet ‘Puisi Merdeka’

Bekas pemain dram kumpulan rock legenda Wings, Jojet, membuka lembaran baharu dalam perjalanan seninya dengan menampilkan persembahan eksklusif bertemakan “Puisi Merdeka” sempena sambutan ambang Hari Kebangsaan pada 30 Ogos ini.

Acara yang dianjurkan BapakkuFM Entertainment ini akan berlangsung di Warung BapakkuFM, Batu 7, Jalan Gombak, bermula jam 9 malam, menampilkan kelainan apabila Jojet mengangkat puisi sebagai medium untuk menyemarakkan semangat cintakan negara.

Menurut penganjur, “Puisi Merdeka” bukan sekadar persembahan seni, sebaliknya sebuah wadah untuk menghayati erti kemerdekaan melalui bahasa indah yang sarat makna.

Dengan harga serendah RM60, acara ini turut memberi peluang kepada peminat untuk menyaksikan sisi berbeza seorang legenda rock tanah air.

Jojet atau Rodzane bin Haji Mohamed, lahir pada 13 Ogos 1968 di Tangkak, Johor, membesar di Lembah Keramat, Kuala Lumpur. Nama beliau mula bersinar apabila menganggotai kumpulan Gersang pada tahun 1987, selepas memulakan langkah awal bersama kumpulan Teruna Sekampung pada 1984.

Jojet semasa bersama kumpulan WINGS.

Bakatnya yang luar biasa kemudian membawanya menyertai kumpulan rock Wings pada tahun 1991, menggantikan Black yang berundur daripada kumpulan tersebut.

Kini, selepas lebih tiga dekad bersama dunia muzik rock, Jojet terus berkarya melalui puisi, menjadikan “Puisi Merdeka” sebagai simbol perjalanan seni dan cintanya terhadap negara.

Tiket boleh diperoleh melalui Isma (010-518 7000), FidaoWhite (0115-123 7567), Halim (018-233 7105) atau Naza (012-911 2455) dan boleh membuat pembayaran terus ke akaun Maybank BapakkuFM Entertainment (5642 2163 7934).

Persembahan ini dijangka menjadi antara pengisian Ambang Merdeka yang paling istimewa, menggabungkan seni, budaya dan patriotisme dalam satu malam penuh makna.

Komen
Loading...