Joebranko Kini Duta Rasmi Gibson: Inspirasi Baharu Pemuzik Muda
- oleh Mohd Indera
- 2 minggu lalu
Kuala Lumpur – Dunia muzik Malaysia kembali bergegar dengan pelantikan rasmi Joebranko sebagai duta jenama gitar ikonik, Gibson, di bawah naungan Music Bliss.
Pelantikan ini bukan sahaja meraikan bakat dan kejayaan Joebranko, tetapi juga memberi nafas baru kepada peminat muzik tempatan, terutamanya generasi muda yang menjadikan beliau sebagai sumber inspirasi.
Menurut CEO Music Bliss, Jonathan Lee, pemilihan Joebranko sebagai duta adalah langkah strategik untuk mengembangkan jenama Gibson kepada audiens yang lebih luas dan memikat pemuzik dari pelbagai latar belakang.
Sebagai duta, Joebranko bakal terlibat dalam pelbagai aktiviti promosi dan kolaborasi, termasuk lawatan eksklusif ke Gibson Garage di Nashville, Tennessee, dimana beliau akan berpeluang untuk berkongsi pengalaman dengan para peminat melalui platform digital seperti YouTube Music Bliss dan saluran media sosial, memberikan lebih banyak inspirasi kepada peminat muzik di seluruh negara.
Satu lagi kemuncak yang dinanti-nantikan ialah siri gitar eksklusif Joebranko yang akan dijual dengan harga permulaan RM45,000.
Joebranko turut meluahkan rasa terujanya terhadap pelantikan ini.
“Ini adalah peluang yang mengujakan. Saya tidak sabar untuk memulakan perjalanan ini dan membawa muzik lebih dekat kepada orang ramai, sambil menginspirasi lebih ramai peminat muzik di seluruh negara,” katanya penuh semangat.
Pelantikan Joebranko sebagai duta rasmi Gibson bukan sekadar mengenai promosi produk, tetapi juga usaha untuk membawa perubahan positif dalam dunia muzik tempatan. Music Bliss berhasrat untuk menyokong bakat-bakat muda melalui pelbagai program seperti bengkel gitar dan kempen digital.