IKLAN

Jinggo Tampil Jelaskan Kenapa Watak Opah Aminah Tak Pilih Pelakon Lama

Setiap kali JS Pictures yang dinaungi oleh Jinggo dan Sheila Rusly menghasilkan naskhah baru, sudah pasti ia akan ditonton oleh ramai orang kerana keunikan plotnya.

Bahkan drama 'Bukan Gadis Biasa' yang kini sedang ditayangkan di TV3 sepanjang bulan Ramadan turut menjadi pilihan penonton sehingga ianya trending di laman media sosial setiap kali tayangan.

Pun begitu, sudah beberapa kali drama lakonan Remy Ishak dan Ayda Jebat ini menerima kecaman ramai kerana watak Opah Aminah yang dikatakan tidak nampak realistik kerana efek solekan dan gaya badannya.

Terbaru, seorang individu telah mengajukan soalan dan bertanyakan kenapa tidak menggunakan pelakon lama bagi memainkan watak wanita tua tersebut.

Terkesan dengan kritikan yang diterima, Jinggo telah tampil dan menjelaskan mengapa keputusan untuk menggunakan pelakon lebih muda dibuat untuk menjayakan watak Opah Aminah.

IKLAN

Katanya, keputusan untuk menggunakan efek solekan bagi 'menghidupkan' watak itu dipersetujui semua jabatan yang terlibat dalam menjayakan drama 'Bukan Gadis Biasa' ini.

Jinggo menjelaskan bahawa lebih mudah untuk mengenakan solekan kepada individu yang berusia 50 tahun berbanding dengan yang berusia 80 tahun. Tambahnya lagi, pelakon yang terlalu berusia mungkin akan mengalami kesusahan untuk menghafal dialog yang panjang

Malahan, perkara itu bukan hanya memberi kesan kepada pelakon tersebut malahan juga mungkin memberi impak kepada pelakon lain dan juga kru belakang tabir yang terlibat.

IKLAN

Bahkan Jinggo tidak kisah mengambil pelakon lama sekiranya babak mereka tidak banyak. Tetapi Opah Aminah yang merupakan figura penting dalam drama ini mungkin akan menyebabkan pelakon berusia berasa lelah untuk membawanya dalam tempoh yang panjang.

Sheila Rusly juga memberikan balasan padu dan meminta sesiapa yang tidak berpuas hati agar tidak menonton drama tersebut kerana nak tak nak, semua perlu melihat wajahnya sebagai Opah Aminah sehingga episod akhir nanti.

Harapnya ramailah yang boleh faham kini sebab disebalik pemilihan Sheila Rusly sebagai Opah Aminah.

Jom like Facebook & follow Twitter mDaily bagi mendapatkan berita hangat dan terkini di seluruh dunia.

IKLAN