“Jika Dia Ingin Meneruskan Fitnah, Tanggunglah Dosa.” – Fattah Amin
- oleh Mohd Indera
- 4 minggu lalu
Fattah Amin menyatakan bahawa jika Fazura ingin meneruskan fitnah, dia harus menanggung akibatnya. Dia juga menegaskan bahawa dia telah memilih untuk berdiam diri di media sosial dan berpendapat isu peribadi mereka tidak sepatutnya menjadi bahan berita bagi pihak media.
Dalam satu temu bual, Fattah melahirkan rasa ingin kesal kerana dakwaan tersebut, terutamanya kerana dia memilih untuk berdiam diri dan tidak memberikan sebarang reaksi.
“Kalau dia nak teruskan fitnah, tanggunglah dosa. Seperti yang semua orang lihat di media sosial, saya telah mendiamkan diri. Saya tidak rasa isu ini sepatutnya dikongsi dan dimainkan oleh pihak media,” katanya.
Fattah menekankan bahawa masalah perkahwinan sepatutnya diselesaikan secara dalaman antara suami dan isteri, tanpa melibatkan orang luar.
Pelakon yang terkenal menerusi filem “Pendekar Awang” ini juga menyatakan bahawa dia tidak berniat untuk menggunakan sentimen seperti yang dilakukan oleh Fazura dan berharap aktres tersebut akan bertindak dengan cara yang sama.
“Saya tak main sentimen itu (tuduhan). Saya harap pihak di sana juga tidak memainkan benda seperti itu,” tambahnya.
Dengan penjelasan ini, Fattah berharap untuk menjaga privasi dan maruah dalam menyelesaikan konflik yang berlaku.
Sebelum ini, bekas isterinya, Fazura, telah membuat dakwaan bahawa Fattah curang, tidak bertanggungjawab dalam membayar nafkah, serta beberapa faktor lain yang menjadi punca penceraian mereka.