Ikuti Kami:

Jelajah Skor A+ PTTI Himpun Ribuan Calon SPM, Turut Disertai Ikon Belia & Artis Popular

Jelajah Skor A+ PTTI Himpun Ribuan Calon SPM, Turut Disertai Ikon Belia & Artis Popular

Pusat tuisyen berteknologi, PTTI, sekali lagi membuktikan komitmennya dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila berjaya menarik lebih 4,000 calon SPM ke program Jelajah Skor A+ SPM yang berlangsung meriah di ITCC Penampang pada 16 Ogos lalu.

Program padat ilmu ini bukan sahaja memberi bimbingan akademik berkualiti, tetapi turut menjadi platform inspirasi apabila menampilkan ikon belia dan selebriti terkenal tanah air.

Kehadiran Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta usahawan berjaya Asyraf Khalid membakar semangat peserta untuk mengejar kecemerlangan.

Lebih menarik, acara ini dimeriahkan dengan persembahan MK K-Clique dan artis serba boleh Bella Astillah, anak jati Sabah yang menjadi contoh teladan kepada generasi muda.

Kedua-duanya bukan sahaja menghiburkan, tetapi turut berkongsi pengalaman serta kata-kata motivasi buat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan penting ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau mesra disapa Cikgu Fana, penganjuran Jelajah Skor A+ di Sabah membuktikan bahawa bimbingan akademik berkualiti perlu disokong dengan motivasi berterusan.

“Kehadiran lebih 4,000 pelajar ini membuktikan betapa anak-anak kita dahagakan ilmu dan inspirasi. Dengan adanya sokongan ikon belia, usahawan dan artis, kami mahu pelajar sedar bahawa kejayaan bukan sekadar akademik semata-mata, tetapi juga disiplin, usaha dan keyakinan diri,” jelasnya.

Sementara itu, Syed Saddiq turut menekankan kepentingan disiplin dalam mencipta masa depan cemerlang.

“Hari ini saya lihat semangat luar biasa daripada anak-anak Sabah. Ingatlah, kejayaan bukan milik mereka yang paling bijak, tetapi mereka yang paling konsisten berusaha,” katanya.

Bagi Bella Astillah, peluang ini amat bermakna kerana dapat kembali ke negeri kelahirannya untuk memberi inspirasi kepada pelajar.

“Saya bangga bersama adik-adik di Sabah. Pendidikan adalah kunci untuk ubah masa depan. Saya doakan semua calon SPM terus berusaha dan jadikan kejayaan sebagai hadiah terbaik buat diri sendiri dan keluarga,” ujarnya.

Melalui program ini, PTTI bukan sahaja menyampaikan tips akademik terkini, tetapi turut memupuk semangat juang dan keyakinan diri dalam kalangan pelajar.

Sebagai kesinambungan, PTTI bakal mengadakan Seminar Shortcut Last Minute SPM secara percuma pada 27 hingga 30 Ogos secara atas talian, terbuka kepada semua calon SPM di Malaysia.

Pelajar yang berminat boleh mendaftar di www.ptti.my.

Komen
Loading...