Jay Iswazir Berdamai Dengan Bekas Isteri, Fatimah Azzahra Ahmad
- oleh Mohd Indera
- 1 bulan lalu

Pelakon terkenal, Jay Iswazir, mengesahkan bahawa beliau telah berdamai dengan bekas isterinya, aktres Fatimah Azzahra Ahmad, selepas melalui beberapa bulan ketegangan dan pertikaian secara terbuka.
Menurut Jay, keputusan untuk berdamai tercapai hasil daripada perbincangan mendalam serta kesedaran bersama.
“Kami akhirnya memilih untuk berdamai. Kami telah menilai semula apa yang terbaik untuk kedua-dua pihak. Alhamdulillah,” katanya.
Bagaimanapun, Jay menegaskan bahawa isu ini adalah hal peribadi dan enggan mengulas lanjut. Namun, beliau mengakui peristiwa ini memberikan pengajaran berharga tentang hubungan serta kepentingan memahami fitrah lelaki dan wanita.
“Saya banyak belajar tentang fitrah dalam hubungan. Jika kita tidak memahaminya, mudah untuk kita melakukan kesilapan,” katanya ketika ditemui media pada Malam Gala Dajal: Satu Malam diPedajal pada malam Rabu.
Keputusan untuk berdamai turut diumumkan secara rasmi di media sosial oleh kedua-dua pihak, dengan harapan agar mereka dapat meneruskan kehidupan masing-masing dengan lebih baik.
Jay, atau nama sebenarnya Ahmad Iswazir Ismail, turut menekankan bahawa setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, namun yang lebih penting adalah bagaimana kita menghadapinya serta belajar daripada pengalaman tersebut.
“Kesalahan itu harus dijadikan pengajaran untuk menjadi lebih baik, bukan alasan untuk membalas dendam,” tambahnya.
Sebelum ini, Jay pernah menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Fatimah, memberikan tempoh tujuh hari untuk berbuat demikian selepas aktres itu mendakwa dirinya sebagai mangsa keganasan rumah tangga.
Jay dan Fatimah dilaporkan telah bercerai pada November tahun lalu selepas dua tahun melayari bahtera perkahwinan.