Jangan Mudah Percaya, Lihat Gambar “Influencers” Sebelum Dan Selepas Yang Disunting Ini
- oleh Mohd Indera
- 4 tahuns lalu
Dua ‘influencer’ dari China ini dengan beraninya mendedahkan gambar sebelum dan selepas mereka yang diambil dan kemudian disunting menggunakan Photoshop.
Sudah pastinya pada era digital kini, skill suntingan gambar semakin hebat dan mampu mengubah rupa wajah seseorang.
Berdasarkan penerangan mereka di laman sosial, mereka berasa tidak selesa apabila gambar ‘behind the scene’ yang diambil di set penggambaran disebarkan di internet.
Disebabkan itu, mereka kini keluar daripada zon selesa dan berkongsikan gambar sebelum dan selepas suntingan.
“Itulah sebabnya foto-foto ini tidak pernah dimuatnaik setelah saya mempertimbangkan pilihan saya.”
Oleh kerana kini mereka sudah memberanikan diri berkongsikan gambar sebelum suntingan, gambar yang dikongsikan ini menjadi perbualan hangat netizen di sana.
Perubahan yang terlalu ketara menampakkan mereka seperti individu yang berbeza di mana ramai menganggapnya sebagai ‘palsu’.
Mereka turut mendedahkan ramai lagi ‘influencer’ di negara itu yang menggunakan taktik yang sama dalam meraih pengikut yang ramai di media sosial.
Mereka juga insan biasa yang mempunyai kelemahan dan kekurangan seperti manusia lain dan tidaklah sempurna seperti yang disangka.
Pendedahan mereka berdua ini telah membuatkan netizen di China kini menyelidik selebriti media sosial yang diminati mereka.
Tetapi ramai yang tidak hairan dengan hal ini memandangkan kecanggihan teknologi yang ada kini tidak menjadikan ianya mustahil untuk dilakukan.