Ikuti Kami:

Jangan Ikut Trend Bagi Nombor Akaun Bank, Mudahkan Kerja “Scammer” Curi Maklumat

Jangan Ikut Trend Bagi Nombor Akaun Bank, Mudahkan Kerja “Scammer” Curi Maklumat

Sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini sememangnya unik dan lain daripada yang lain. Jika anda perasan, trend bagi duit raya ‘online’ ini juga rancak dilakukan di media sosial.

Menerusi perkongsian di Twitter, Aisyah Shakirah berkongsikan aktiviti ini boleh mengundang padah kepada mereka di luar sana. Ianya juga boleh memudahkan kerja ‘scammer’ di luar sana untuk mencuri maklumat peribadi anda berdasarkan nombor akaun bank yang dikongsikan.

Menurutnya, ianya mungkin nampak tidak membahayakan memandangkan ramai yang turut serta melakukan perkara yang sama. Tetapi anda meletakkan diri menjadi risiko penipuan, terutamanya melalui ‘phishing’ dan lebih memburukkan jika anda juga berkongsi maklumat nombor telefon dan alamat email.

“Mereka kemudian dapat menyamar sebagai anda, dan juga mungkin mendapatkan akses ke akaun bank anda, termasuk melalui perbankan internet.”

 

Jika anda menjadi mangsa di dalam penipuan ini, ianya mungkin sukar untuk anda menang di dalam kes ini memandangkan anda sendiri yang berkongsikan maklumat peribadi ini. Setiap inci maklumat yang dikongsikan di media sosial boleh dijadikan sumber untuk ‘scammer’ menjadikan anda sebagai mangsa mereka.

“Saya faham bahawa menyedihkan bahawa ramai daripada kita tidak dapat kumpul duit raya seperti biasa pada musim ini kerana COVID-19, tetapi sebenarnya tidak berbaloi untuk mendapatkan beberapa ringgit dengan kos keselamatan/ keselamatan dalam talian anda.”

Dia turut mengingatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati pada masa hadapan agar tidak berkongsikan sebarang maklumat peribadi di media sosial. Tanpa sedar, anda mungkin di dalam pemerhatian ‘scammer’ yang menunggu masa untuk menjadikan anda, mangsa mereka seterusnya.

Komen
Loading...